Jumaat, 26 Oktober 2007

Pagi Jumaat

Semalam memang ayah adam bercadang nak pulang awal dan bermain dengan adam namun ayah adam kena sediakan pelan 2008 untuk promosi dan budget RFID di syarikat ayah adam. Pukul 6 lebih baru bertolak dari USJ so sampai kepong lebih kurang pukul 7 lebih. Nasib baik uda dah balik untuk suntik mak atuk dan ibu adam pula dah balik. Ayah adam jemput adam dari taska dan kemudian terus pulang ke rumah.

Malam tadi ayah adam menguruskan pembayaran bill dengan perbankan internet. Semua bill telah dibayar, cek2 pembayaran juga telah dikeluarkan cuma tinggal pembayaran sumbangan takaful yang dah 4 bulan tertangguh. Bukan tak ada duit tapi kesuntukkan masa. Esok, Insya Allah lepas temujanji adam di Hospital Pakar Damansara, akan ke Syarikat Takaful Malaysia di Selayang. Lepas tu cadangannya nak ke Kedai Little Khalifah. Nak belikan adam buku cerita. So sebelum tidur bolehlah ayah atau ibu adam baca buku cerita pada adam.

Malam tadi ayah adam baru tersedar. Dah berapa lama ayah adam tidak dapat menumpukan perhatian dan masa dengan adam. Ayah adam sibuk dengan penyediaan jawapan tender JPJ dan dengan senario adam masuk ke hospital menyebabkan sedikit sangat masa ayah adam bersama dengan adam. Kalau dulu adam nak tidur mesti cari bahu ayah adam tapi sekarang lepas diberi minum dan ditukar lampin, adam akan bermain sendiri sambil tersenyum dan mengekek bila diagah. Bila dah penat dia akan tidur lena dengan sendirinya. Pukul 4.30 pg baru terjaga dengan menjerit sekuat hati mengejutkan ayah dan ibu adam minta susu. Lepas minum lelap kembali dan terjaga pukul 6.00 pagi.

Beberapa hari lepas kawan ayah adam ada bertanya, adam dah pandai apa ya. Ayah adam cuma menjawap dah pandai menangis dengan kuat untuk minta susu dan tukar lampin. Pagi tadi setelah menghabiskan masa hampir satu jam melayan adam, ayah adam baru tersedar. Adam dah pandai pegang botol susunya sendiri. Tak percaya? Cuba lihat dalam Photo Album di bawah.












Telatah adam pagi tadi

Telatah Adam

0 comments:

Catat Ulasan