Isnin, 22 Oktober 2007

Hujung Minggu

Hari ini hari pertama adam ke taska setelah 3 minggu tidak ke taska. 2 minggu pertama kerana dimasukkan ke hospital dan seminggu bercuti raya. Kini adam semakin ceria. Hari Sabtu, adam beraya di rumah kawan ayah adam. Bukanmain seronok dia. Hari sebelumnya adam beraya di rumah bakal mak uda dia di Sg Buaya. Sebelum itu adam ke pasar raya untuk berbelanja. Biasalah barang barang adam dah habis. Lampin pakai buang dan susu. Ibu adam beritahu yang susu dia dah habis. So ayah adam pun belilah. 2 tin 2kg susu dan 2 paket s64 lampin pakai buang. Sampai rumah bila diperiksa sekali lagi rupanya susu masih ada satu tin 2kg di rumah. Jadi sekarang nie ada 3 tin 2kg di rumah. Rupanya ibu adam kemas rumah. So dia terlupa di mana dia simpan tin susu. Satu lagi peristiwa yang menarik ialah sewaktu nak bayar di kaunter. Seorang mat saleh menegur kami. Dia kata "The smartes baby in the store" masa tu adam sedang terlena dalam scoller dia. Mana taknya dia tidur dengan gaya dia yang tersendiri. Tangan dia terangkat macam orang serah diri heeheh atau pasrah.

Semalam juga ayah memasak Nasi Minyak. Semuanya bermula apabila kawan ayah yang dipulang ke kelantan memberitahu ayah yang dia cuba masak nasi minyak. Maka ayah adam pun teruja untuk memasak setelah setahun tak masak nasi minyak. Bukan ada apa apa event tapi sekadar suka suka dan ingat nak jamu kawan ayah adam. Apa yang menarik semalam adalah kekeliruan tentang sukatan air yang perlu digunakan.

Ayah adam menggunkan Beras Taj Mahal. So biasanya 1 pot kecil beras, 3 pot air. Namun untuk memasak nasi minyak, ayah adam hanya menyukat 1 pot beras bersamaan 1 pot air . Bermulapukul 6.00 pagi ayah adam dah sediakan semua bahan bahan yang diperlukan. Bawang telah dikupas, rempah ratus seperti bunga lawang, cengkih, kayu manis telah pun disediakan. Seperti biasa, bahan bahan tersebut ditmis dengan menggunakan marjerin. Sepatutnya menggunakan minyak sapi tapi ayah adam guna majerin sebab murah. hehe. Setelah hasil tumisan tu pecah minyak dan bau dah wangi then baru masukkan air dan susu. Then di kacau. Lepas tu baru masukkan beras. Setelahbeberapa minit ayah adam pindahkan ke periuk nasi elektrik. Setelah dipindahkan, tak beberapa lama kemudian tetiba peruk nasi elektrik mati. Nasi belum lagi masak. Masa tu air dah kering dan ketika itu ibu adam memberitahu yang sukatan air kemungkinan tidak mencukupi.

Aduh tension betul waktu tu. Rasa macam nak marah tapi nasib baik tak ada provokasi heheh. So marah pada diri sendiri. Ayah adam sukat kembali air dan tambah 6 pot air pada nasi dalam periuk elektrik dan dipindahkan kembali ke periuk biasa dan dimasak menggunakan dapur gas kembali. Ayah adam merujuk kepada mak atuk, seklai lagi ayah adam keliru sebab mak atuk beritahu kalau 3 pot nasi, air dia 4 setengah. Aduh .. keliru dibuatnya. Dari dapur gas ayah adam pindahkan sekali lagi ke Periuk elektrik. Lebih kurang pukul 10.30 pagi baru nasi tersebut masak. Takut juga kalau tak jadi, bayangkan 3 pot beras, isk kalau tak jadi nak kena buang atau kena telan juga. Alhamdulillah, setelah dirasa heheh sedap gak. Cuma terlupa nak bubuh krismis dan biji jagus.

Lepas masak nasi, ayah adam menyerahkan dapur kepada ibu adam untuk memasak lauk. Lauk yang dimasak oleh ibu adam ialah ayam masak merah dengan acar. dan ditambah dengan sup ayam. Ayah adam? ehehe dah kepenatan kot, join adam tidur. Pukul 12.00 baru terjaga. Ingat nak makan tepi tasik, tapi terpaksa dibatalkan kerana tetamu utama yang diundang tidak dapat hadir.

0 comments:

Catat Ulasan