Isnin, 29 Oktober 2007

Hujung minggu Adam yg padat dengan aktiviti

Gambar Album Adam Hujung Minggu

HM27-28102007



Petang Jumaat 26/10/2007, Ayah membelikan satu buku, bertajuk "Start Fun". Buku mengandungi perkembangan baby setiap minggu dari sejak lahir hingga berumur 5 tahun. Satu buku yg padat dengan aktiviti2 yang boleh ayah dan ibu lakukan untuk merangsang minda dan perkembangan fizikal Adam. Sebahagian dari yang di cadangkan dalam buku tersebut telahpun dilakukan, contohnya kuda pusing di kepala katil Adam.

Pagi sabtu, pukul 7 pagi lagi Adam sudah mandi. Lepas siap, Adam dibawa ke Hospital Pakar Damansara, Selain daripada untuk follow-up, tujuan utama adalah untuk suntikan sebab Adam sekarang dah 4 bulan. Dihospital, bila ditimbang, berat Adam tepat 5 kg,. Patutlah terasa lenguh juga tangan ibu bila mendukung Adam agak lama. Masa mula jumpa doktor, Adam tersenyum riang. Agaknya sebab dah dia biasa dan kenal doktor yang merawatnya selama 10 hari 10 malam dulu. Cuma Adam menangis sekuat hati bila kedua-dua pehanya dicucuk dengan jarum. Doktor menjelaskan, mengikut jadual Hospital Swasta banyak lagi imunisasi yang diberikan kepada baby, berbanding dengan Hospital Kerajaan. Contohnya Adam telah diberikan imunisasi untuk penyakit radang paru-paru. Dan apabila berumur 13 bulan nanti Adam akan diberikan suntikan anti Chicken-pop.

Dari Hospital, kami ke Takaful di Taman Melawati, untuk membayar semua caruman, termasuk tunggakan. Bukannya sebab tiada duit, tapi sebab kesibukan dan Takaful yang dekat tempat kerja ibu telah tutup. Ayah ingin mencarumkan untuk Adam, tapi kerani yang bertugas menjelaskan, seeloknya tunggu hingga Adam 2 tahun dan telah ada sijil anak angkat. Dari Taman Melawati, terus ke kedai Little Khalifah di Taman Permata, ayah membelikan satu buku yang bertajuk " Selamat Malam Anakku, Himpunan cerita-cerita dari Al_Quran untuk sikecil". Lepas ini bolehlah ayah atau ibu membacakan cerita-cerita tersebut untuk Adam sebelum tidur. Ayah dan ibu singgah makan tengahari di restaurant yang selalu di sebut2 di KL.FM. Namun ternyata makanan di restaurent di Taman Melati itu hanyalah indah kabar dari rupa. Lebih kurang pukul 2 petang, barulah Adam tiba di rumah. Keletihan, semuanya tidur di ruang tamu.

Lepas solat Asar, Adam dibawa pula open house dirumah jiran, bersebelahan dengan rumah mak atok. Anak tuan rumah ingin mendokong Adam, supaya ibu dan ayah boleh makan serentak. Buat pertama kali dalam sejarah, Adam menangis dan tidak mahu didokong oleh orang lain. Terpaksalahlah ibu jelaskan, Adam baru lepas disuntik, badannya dah mula panas, nak demam, sebab tuh dia tak mahu dengan orang lain, kecuali ibu dan ayah sahaja. Pulang dari openhouse, Adam diberikan ubat demam dan ubat batuk. Waktu malam, Adam benar2 telah demam dan asyik merengek dan ingin didukung sahaja. Hampir subuh barulah Adam keletihan dan tidur dengan lenanya hingga puku 10.30 pagi.

Lepas mandi pagi pun, badan Adam masih panas dan asyik merengek sahaja. Ayah mencadangkan untuk membawa Adam berjalan2 di tempat yang ada air-cond, mungkin boleh menyejukkan badan Adam sikit. Mulanya Ayah bercadang untuk ke masjid, tapi ibu rasa agak kurang selesa. Akhirnya Adam di bawa ke Carefour. Sementara ibu dan ayah menikmati pizza dan spegetti, Adam tidur dengan lenanya dalam car seat dia. Agak lama juga ibu dan ayah lepak di Pizza Hut, walaupun makanan telah lama habis, semata2 untuk memberi keselesaan kepada Adam. Lepas ibu membeli sedikit barang keperluan harian, barulah Adam di bawa pulang. Lepas solat zuhur, Adam dibawa berjalan2 di kawasan Aman Puri, Wangsa Permai dan Sri Damansara. Ibu dan Ayah hendak mencari rumah yang lebih selesa dan sesuai untuk kesihatan dan tumbesaran Adam. Mungkin sebab ubat, atau keletihan, Adam tidur dengan lenanya dari waktu Asar hinggalah ibu dan ayah selesai Solat Maghrib, terjaga sebentar untuk minum dan kemudian tidur disambung semula hingga pukul 4.30 pagi.

Waktu subuh, Adam terjaga, demamnya dah surut, Cuma batuknya makin teruk. Ubat dan inhealer yang perlu telah ibu beri. Hingus Adam telahpun disedut, namun bunyi kahaknya agak banyak. Mungkin, malam ni atau malam esok Adam akan dibawa ke hospital semula untuk disedut kahaknya. Mudah-mudahan Adam cepat sembuh dan ceria semula.

0 comments:

Catat Ulasan