Adam semakin baik. Demam dan surut sedikit. Pagi tadi pukul 4.30 pagi dah terpaksa dibangunkan sebab lampin perlu ditukar. Bocor dan basah. Nasib baik masa tu ayah adam dah masak air. Jadi ayah adam pun memenuhkan air di besen mandi adam dan memandikan adam dengan air panas. Lepas mandi, segar bugar. Sebotol susu habis, namun masih tak mahu lelap. Akhirnya terpaksa ayah adam melayan karenah adam. Pukul 7 lebih ayah adam dah tak larat minta ibu adam menghantar ke taska.
Tengah hari tadi ayah menjamu selera dengan rakan rakan sepejabat. Maka dinasihatkan pada ayah agar menukar lampin tidur adam dari jenama pampers kepada Mamy Poko @ mamy pokai. :) Jadi, setelah pampers adam habis, ayah ingat nak cuba tukarlah. Mana tahu, tak bocor lagi tapi yang pasti heheh poket bocorlah. Tak apalah. Untuk keselesaan adam.

0 comments:
Catat Ulasan