Rabu, 25 Jun 2008

Selamat Hari Jadi Adam Harith - 1 Tahun



Hari ini genap setahun usia Adam Harith. Begitu pantas masa berlalu. Banyak yang telah berevolusi semenjak kehadiran Adam Harith. Dan malam tadi, sambutan tidak formal telah diadakan dengan acara utama menjamah Biskut Cokelat Chipmore. Begitu berselera sekali.



Mengenang kembali kelahiran adam harith setahun yang lalu, tiada siapa yang sangka dan percaya bahawa adam harith telah menempuhi pengalaman kelahiran yang amat menyentuh hati. Lahir di Hospital Sg Buluh, Selangor, sejam setelah kelahiran, adam dipindahkan ke Institut Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur. Di sana adam telah menjalani satu pembedahan yang menurut doktor "major operation" yang menentukan sama ada adam boleh meneruskan kehidupan atau sebaliknya.

Adam dilahirkan dengan keadaan di mana saluran esofagus@saluran pemakanan tidak bercantum dengan saluran trakea@ saluran pernafasan. Keadaan ini memerlukan adam dibedah dengan serta merta serta berisiko tinggi. Pembedahan dilakukan untuk menyambung kembali saluran esofagus dengan saluran trakea. Risiko pembedahan, sekiranya didapati saluran esofogus adam pendek sewaktu pembedahan dilakukan, maka tiada apa yang dapat dilakukan ketika itu melainkan menutup kembali pembedahan tersebut dan melakukan pembedahan sekali lagi bagi menyambung saluran tersebut dengan saluran lain.


Bangun sayang.. Dan pagi.. Selamat Hari Lahir sayang...

Namun, syukur Alhamdulillah, saluran esofagus cukup panjang untuk disambungkan dengan saluran trakea dan pembedahan berjalan dengan lancar. Seminggu adam harith berada di dalam ICU, Institut Pediatrik. Pelbagai salur dan wayar yang melekat pada tubuh adam. Seminggu selepas pembedahan, adam dibenarkan keluar dari Institut Pediatrik. Rasanya tak perlulah ayah adam menceritakan pengalaman yang telah kami lalui. Semuanya ada dalam blog adam ini. Cuma kena rajin menyelungsur kenangan silam.



Ayah adam dan ibu adam ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Adam Harith dan kami doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan diberikan yang terbaik buat kami semua.

Usia: 2 minggu


Usia: 1 tahun


1 comments:

Adam Harith Mohamad Siss berkata...

Pesanan Ibu Kandung Adam

"selamat hr lahir syggg.........
semoga pnjg umur dan dimurah kan rezeki....
semoga anak ibu sntse sihat dismpg keluarga tercinte..................i loveeeeeeee u so muchhh.."

Catat Ulasan