Ayah balik dari pejabat agak awal namun ayah singgah di pasaraya untuk membeli susu adam dan barangan lain seperti biskut serta nestum stage 2 dengan perasa buah buahan. Sampai rumah dah pukul 7.00 mlm, masak air, mandi dan siapkan barang adam. Selepas mengambil adam ditaska, ayah terus menuju ke rumah mak atok.

Naik apa tu adam .. :) kura kura ..
Bestnya rumah mak atok. Macam dekat zoo. Ada kura kura besar, ada bear besar ...
Ayah adam dan adam lepak rumah mak atok dari pukul 7.30 mlm sampai pukul 9.15 mlm. Pukul 9.30 mlm, dah sampai rumah. Mata adam dah kuyu. Mengantuk betul adam. Apa lagi, ayah adam pun membancuh susu, masukkan adam dalam buai dan biarkan dia melayan lagu Alif Ba Ta dia. Sementara ayah adam bersolat dan berehat sebentar. Setengah jam berikutnya, adam telah lena diulit mimpi. Dan setengah jam berikutnya ayah adam memindahkan adam ke bilik tidur adam.
Seperti biasa, beberapa kali adam terjaga dan kali terakhir pukul 4.50 pagi. Ayah adam bancuh susu dan tukar pampers dia, dan adam kembali tidur. Sementara ayah mengadap komputer. :P.

0 comments:
Catat Ulasan