Khamis, 5 Jun 2008

Percutian pertama Adam

Dah lama ayah dan ibu Adam bercadang untuk bercuti setelah penat bekerja. Malangnya dalam bulan April dan Mei ayah Adam terlalu sibuk dengan pelbagai projek. Tak cukup dengan hari2 biasa, hujung minggu pun terpaksa juga bekerja. Malangnya tiada tuntutan overtime yang boleh dibuat, cuma digantikan dengan cuti.

Hujung minggu lepas ibu dan ayah Adam memutuskan untuk pulang ke Perak, bertemu dengan nenek dan saudara mara belah ibu Adam. Perjalanan bermula pagi Ahad dengan lancarnya kerana hujung minggu dan cuti sekolah. Adam tiba dirumah nenek kira2 pukul 2 petang. Seronoknya Adam dalam berjalan dalam walker di dapur nenek yang luas, berbanding dengan rumah Adam yang agak kecil dan berbilik-bilik pula. Mulut Adam bukan main riuh lagi, entah apalah yang disebutnya setiap kali di agah oleh nenek, tok teh dan juga mak alang Adam. Waktu malam, Adam semakin ceria menjerit2 sebab inilah kali pertama Adam merasa terkurung dalam kelambu, semasa orang lain sedang menikmati makan malam dan kemudiannya berbual2. Walau bagaimanapun Adam begitu baik, tidak langsung cuba untuk keluar dari kelambu tersebut, cuma menyentuhnya dan kemudian meneruskan bermain dengan toy2 yang dibawa bersama-sama. Adam tidur agak lewat. Jam dinding berbunyi pukul 11.30 pun masih kedengaran suara Adam yang sesekali diselang-selikan dengan jeritan.

Hari isnin, Adam agak sibuk 'beraya'. Oleh kerana, semua saudara mara belum pernah bertemu Adam, inilah kami pertama Adam memperkenalkan diri. Selepas 3 buah rumah nenek saudara ibu Adam, kami pergi pula daerah Parit Buntar. Mulanya ke rumah Paksu ibu Adam. Setelah makan tengahari, 2 biji kereta menuju pula ke rumah anak saudara ibu Adam yang baru sebulan melahirkan anak sulungnya. Tiba di sana, ibu Adam terus sahaja mendukung cucu saudara yang bernama Irfan. Adam agak terkejut dan sedikit cemburu melihat ibu mendukung baby lain.

Setelah agak lama di sana, dan dilaporkan abang ibu Adam telah pulang dari membawa babynya dari Hospital Bukit Mertajam, kami ke rumah baru uncle Adam di Taman Desa Aman, Parit Buntar. Tiba disana, Adam perlu dimandikan terlebih dahulu kerana berlaku kebocoran yang agak dahsyat. Setelah Adam bersih dan wangi, barulah ibu Adam dapat mendukung sepupu Adam yang bernama Amirul Muhaimim. Irfan cuma 5 hari lebih tua dari bapa saudaranya Muhaimim. Kali ini Adam tidak lagi cemburu bila ibu mendukung baby lain, kerana Adam naik walker kepunyaan abang2 sepupunya, Amirul Mohsinin, Amirul Mukminim dan Amirul Mustaqim. Tidak lupa juga kak long Adam yang bernama Nur Atika Mastura.

Dalam perjalanan pulang kerumah nenek, Adam tidur keletihan. Tiba dirumah, terus dimasukkan kedalam buai. Selepas bersolat maghrib, Adam terus dimasukkan kedalam kelambu kerana nyamuk yang semakin banyak. Ketika kami menjamu selera, Adam bangun dan mula menjerit2 riang. Toy terbaru Adam adalah kipas yang nenek buat daripada upih pinang. Sesekali terdengar Adam menjerit abah dan mama. Adam juga telah mempelajari perkataan baru 'nenek' bila balik kampung. Selain daripada itu, Adam juga tertarik melihat ayam. Rasanya sekali lagi balik kampung, bila Adam dah pandai berjalan, habislah ayam2 nenek ditangkap Adam :)

Pagi selasa, kami bertolak balik ke KL. Ayah memandu hingga Tapah. Selepas berehat, menjamu selera dan membeli sedikit buah, perjalanan diteruskan dengan kereta dipandu pula oleh ibu Adam, sementara ayah dan Adam terlena keletihan di belakang. Adam tiba dirumah kira-kira pukul 1.30 tghhari.

Pengalaman pertama Adam balik kampung. Nampaknya Adam cukup baik, tidak meragam, dan tidak ada sebarang masalah penyesuaian tempat baru. Lepas ini bolehlah bawa Adam balik Johor pula. Cuma bila nak balik, selain dari 1 bekas ubat, gas dan inhealer Adam, perkara lain yang tidak boleh lupa adalah ubat nyamuk, kelambu dan juga repeller cream untuk mengelakkan gigitan serangga samada nyamuk dan sebagainya.


Album
Percutian Pertama Adam

0 comments:

Catat Ulasan