Rabu, 18 Jun 2008

Adam Demam dan Batuk

Dah 3 hari, adam demam dan batuk. Bermula dari hari Ahad hingga semalam. Malam isnin, kami bawa adam ke Bahagian Kecemasan Hospital Pakar Damansara. Setelah diperiksa dan diberikan ubat, kami balik ke rumah. Malam tu, tidurnya agak terganggu. Pagi isnin, ayah adam tak sampai hati nak kejutkan dan hantar ke taska. Jadi ayah adam bercuti untuk menjaga adam di rumah sementara ibu adam ke Taiping kerana urusan pejabat yang telah dirancang semenjak minggu lepas lagi.

Alhamdulilah, mak atok dan acu ada datang untuk membantu. Setengah hari acu dan mak atok menemankan kami di rumah dan sebelah malam, kami pula melepak di rumah mak atok sementara menanti kepulangan ibu adam.

Semalam ( selasa ) keadaan adam semakin pulih. Jadi ayah adam hantar adam ke taska sementara ayah adam menghadiri seminar di Subang Jaya. Pulang dari mengambil adam di taska, adam muntah. Dan sepanjang malam tadi entah berapa kali adam muntah. Pagi ini, ayah adam ke Farmasi Hospital Pakar Damansara untuk beli susu tanpa laktosa. Teringat, last time masa adam deman, batuk dan muntah muntah, bagi susu tanpa laktosa, ok saja.

Ayah adam lambat masuk pejabat sementara ibu adam bercuti hari ini.

0 comments:

Catat Ulasan