Rabu, 14 Mei 2008

Selamat Hari Ibu

Seluruh ahli keluarga adam terutama ayah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu. Mengenang kembali, bagaimana susahnya untuk ibu adam memperolehi status seorang ibu maka dengan penuh keinsafan ayah adam bersyukur dan berdoa agar ibu adam akan menjadi seorang ibu yang terbaik buat adam. Sebagai seorang ayah dan suami maka ayah adam akan terus memberikan sokongan padu kepada ibu adam.



Dan sempena menghargai Hari Ibu maka ibu-ibu dari Persatuan Penduduk Apartment Aman Puri Desa Satu telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada hari Ahad. Bermula dengan nyanyian anak anak dari taska, diikuti dengan pemberian lukisan dan hadiah kepada ibu oleh anak anak dan diakhirinya kumpulan marhaban serta berzanji. Suasana cukup meriah dan penuh muhibbah. Penduduk bukan melayu turut memeriahkan majlis.

Ayah adam agak sibuk sepanjang minggu lepas. Sebenarnya sepanjang bulan lepas dan awal bulan ini. Bermula dengan Pameran RFID Asia 2008 di Singapura, kemudian Pameran Minggu Amanah Saham Malaysia di Melaka dan terkini Pameran Makanan Halal (MIHAS) di Matrade Jalan Duta.



Hari Sabtu lepas, ayah adam sempat bawa ibu adam dan adam melawat kawasan pameran di MIHAS. Penat dan letih itu saja yang dapat digambarkan selain poket ayah bocor hehehe. Namun agak menarik apabila rakan ayah dari Booth MOFAZ Dagang meneka umur adam 5 bulan. Badan adam yang terlalu kecil bagi mereka yang sebaya dengan adam membuat ramai yang beranggapan adam berusia 5 bulan namun sebenarnya adam berusia 11 bulan. 25 Jun 2008 genap usia adam 12 bulan @ 1 tahun.


0 comments:

Catat Ulasan