Semalam ayah ada meeting dengan persatuan penduduk di surau. Waktu ayah nak pergi solat isyak, adam dah tidur, tapi sebaik sahaja ayah keluar, Adam bangun. Nampaknya Adam cukup cergas dan ceria untuk bermain. Permainan baru kegeraman Adam adalah hammer atau Tukul plastik. Bila ayah balik dari mesyuarat kira-kira pukul 10 malam pun Adam masih lagi cergas dan bertenaga untuk bermain. Ayah bagitau, bahawa hasil mesyuarat tersebut, hujung minggu nih ada Sambutan Hari Ibu di surau tersebut dan ayah mahu Ibu dan Adam menghadirkan diri. Pagi tadi, beberapa kali ayah cuba tanya Adam, "Apa Adam nak beri hadiah pada Ibu semperna Hari Ibu?". Bagi ibu tak perlu sebarang hadiah, kerana Adam sendiri adalah hadiah yang cukup bermakna. Kehadiran Adam membolehkan Ibu Adam menjadi seorang Ibu.