Isnin, 19 Mei 2008

Adam dalam seminggu

Minggu lepas ibu adam mula outstation. Sebenarnya bukanlah outstation jauh sangat. Masih disekitar KL. Apa pun ayah adam masih perlu jaga adam setelah pulang dari kerja. Itu sebabnya ayah adam tak sempat nak update blog adam. Sepanjang minggu lepas, adam banyak menggunakan suara. Menangis, ketawa, menjerit, dan pelbagai lagi penggunaan suara.

Adam dah susah nak bangun pagi dan menangis kalau ayah hantar ke taska. Adam juga dah pandai menyepahkan barang dan satu lagi kemahiran yang adam perolehi, melihat kertas berwarna @ buku @ bahan bahan bercetak. Kalau adam dapat .. isk isk isk ..

Apa pun seronok bila dapat meluangkan masa bersama dengan adam di malam hari berdua. Melihat dia tidur dengan lena menyebabkan ayah adam sedar betapa bersyukurnya mempunyai amanah yang begitu berat namun kenikmatan yang perlu disyukuri.

Teringat beberapa tahun yang lalu. Bila ibu adam outstation, terasa begitu sunyi berada bersendirian di rumah. TVlah peneman yang setia. Itu sebabnya satu ketika dahulu, ayah adam pernah merajuk bila ibu adam cuba menamatkan pakej movie Astro. Kini dah ada adam, dah tak kisah cerita apa di TV. Sedar sedar dah nak pukul 12 dan adam baru sahaja tidur.

Gambar menarik Adam sepanjang minggu lepas



0 comments:

Catat Ulasan