Ahad, 25 Mei 2008

Hujung minggu

Hari ini, ayah dan ibu tak bekerja. Banyak aktiviti yang telah dirancang. Adam dihantar ke taska bagi membolehkan egala urusan yang dirancang berjalan dengan lancar. Ayah adam perlu memasang pintu bilik air, membasuh kereta yang telah beberapa bulan tidak dibasuh serta menempah baju melayu untuk majlis pernikahan dan persandingan uda.

Setengah hari bersama adam, melihatkan adam mempamerkan beberapa skill yang dipelajari. Dah beberapa hari, ayah adam menyedari yang suara adam mula mantap. Menangis dengan nada suara yang tinggi dan berbicara bersendirian.

Selain itu adam dah boleh duduk sendiri dari meniarap dan dari duduk kembali meniarap. Selain dari keinginan yang memuncak untuk berjalan. Kalau dalam walker, semakin laju dia bergerak.






0 comments:

Catat Ulasan