




Gambar ini diambil semasa ayah dan ibu Adam sedang berehat sambil menonton TV. Diharapkan tiada pembaca yang menuduh ayah dan ibu mendera Adam, seperti mana yang dilemparkan bila melihat video Adam menyidai dan melipat bajunya sendiri dahulu. Sesungguhnya kami tidak pernah menyuruh dan tidak juga melarang. Adam dah biasa nampak ibu menggunakan peralatan ini untuk membersihkan tumpahan makanannya. Sekarang nih dah jadi minat Adam pula untuk menyapu dan membersihkan bilik. Kalau dilarang pastinya Adam akan merajuk dengan bunyi tangisan yang tak sangup didengari . Mau tak mahu biarkan jelah Adam buat sendiri apa yang dia suka, samaada menyidai dan melipat baju, ataupun menyapu sampah. Sebagai persedian hidup sendiri di universiti Al-Azhar, Mesir bila dewasa kelak nanti :) Memang lah anak bijak . Bertuah betul ibu dan ayah mendapat anak macam Adam.