Isnin, 8 Jun 2009

Adam balada??

Afiq rock, Adam balada. Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut sepupu ibu Adam, bila pertama kali Adam bertemu dengan dua pupunya itu. Sebenarnya Adam Harith tua 18 hari jer daripada Afiq Haikal, tetapi dari segi sikap dan kematangan terlalu jauh berbeza.
Istilah rock dan balada tuh benar2 menggambarkan sikap dan perbezaan mereka berdua. Tak perlulah diulas panjang lebar, cukup dikatakan 2 kali Adam kena tolak di dada oleh Afiq.

Kami semua pulang ke kampung semperna perkahwinan sepupu ibu Adam. Adam bertolak dari Kepong pukul 4.30 pagi 30/5/2009 dan tiba di kampung kira-kira pukul 9.30 pagi. Orang yang pertama sekali menyambut kedatangan Adam pastinya nenek yang terlalu merinduinya. Selepas diarahkan, Adam begitu sopan bersalam dengan semua datuk, nenek dan saudara mara yang ada. Bila ada yang ingin meriba Adam, Adam akan duduk di atas riba dengan sopannya.

Ibu Adam pun sesekali 'show-off' dengan menunjukkan 1 jari dan Adam akan membaca One hingga Ten dengan jayanya dan kalau disuruh satu, adam akan baca satu hingga sepuluh. Semua orang memuji kepintaran budak nan seorang nih. Ramai jugak yang bertanya berapa umur Adam, dan ibu akan menyatakan 1 tahun 11 bulan. Bulan depan baru genap 2 tahun.

Sesekali terdengar Adam bernyanyi riang lagu ABC, Alif Ba Ta, twinkle-twinkle little star, enjit2-enjit semut, rasa sayang ataupun lagu walking dan jumping. Adam begitu baik asalkan tiada orang yang mengacaunya. Adam juga mudah mesra dan suka berkawan dengan rakan-rakan sebayanya dan juga sepupu-sepapatnya.

Paling membanggakan bila nak balik. Bila bersalam dengan datuk2 ada yang bertanya siapa nama. Dengan suara halus dan penuh sopan Adam menjawap "Adamm"..Ish ayah dan ibu mana yang tidak bangga dengan anak pintar yang seorang ini.

Tak sia-sia rupanya menghantar Adam ke TASKA selama ini. Kebetulan TASKA Adam bersebelahan dengan TADIKA. Apa yang dia ajar di TADIKA boleh didengari dari TASKA dan Adam memang gemar mengikut apa juga yang orang katakan. Tambahan pula ayah dan ibu sering merangsang dengan membelikan Flash Card, dan buku2 yang sesuai dengan minat dan usia Adam.