- Pantang air tumpah, mulutnya akan bising menyebut "ibu, air tumpah..lap" berulang kali hinggalah air tersebut di lap.
- Sejadah untuk Adam solat tidak boleh terlipat sedikit bucunya ataupun berkedut tidak rata. Ayah dan ibu juga tidak boleh menggunakan sejadah berkenaan, kalau tak nak dengar tangisan Adam.
- Pantang bagi Adam jumpa cebisan sampah atau duit syiling. Kalau sampah akan terus dibuang ke bakul sampah, kalau duit syiling =tabung.
- Bila tangan Adam terkena dakwat pen semasa Adam menulis. Nasib baik dakwat pen kilometrico senang ditanggalkan dgn colonge Adam.Mungkin ada yang berkata baguslah pembersih.
Cuma setiap kali Adam "menegur", ibu sentiasa berdoa di dalam hati, dikurniakan kesabaran melayani karenah budak bijak nan seorang ini. Pasal sejadah kenalah akur. Begitu juga dengan duit yang dimasukkan ke tabung. Adam tidak penat walaupun berlari 10 kali ke tabung atau bakul sampah.
Masalah mula disedari bila mana di waktu karnival sukaneka, Adam nak jadi pekerja majlis perbandaran pula. Begitu juga setiap kali masuk lif dan ada yang membuang sampah dalam lif. Ibu sendiri serba salah dalam mendidik Adam. Di dalam rumah Adam disuruh buang sampah ke dalam bakul, sebaliknya ibu melarang Adam mengutip sampah diluar rumah. (macam mana nak buat yer..ada cadangan?)
Pernah sekali kami makan diluar. Di atas lantai tidak jauh dari meja kami ada air tumpah. Sepanjang waktu makan Adam menunjuk kepada air tersebut dan meminta ibu melapnya. 2 hari lepas, Adam tidak mahu mandi, selagi dia gagal menutup botol shower cream, hinggalah ibu menutupnya. Agaknya fikirannya terganggu dengan "kecacatan" atau "ketidak sempurnaan" yang berlaku disekitarkan.
Semoga ayah dan ibu Adam dikurniakan kesabaran dalam menjadikan dunia disekeliling Adam cukup sempurna baginya.Cuma janganlah nanti Adam meniru 100% sikap Monk yang akan mengesat tangan selepas bersalaman yang lelaki yang baru dikenali.

