Pagi ini adam bangun awal. Pukul 5 lebih. Bersahur dengan ayah dan ibu. Adam minum susu dan makan biskut.
Saat adam sedang menikmati biskut dan cuba untuk menarik bahu ayah dan bahu ibu untuk dipeluk, adam telah menumpahkan susu. Ayah pandang adam. Adam pandang ibu. Satu baris ayat yang terkeluar dari mulut ibu di saat adam menunjukan tanda-tanda hendak menangis. "Jangan ditangisi susu yang tumpah." Lantas ayah pun mengambil kotak susu dan menuangkan sedikit air susu dalam cawan adam. Adam kembali ceria lantas memeluk ayah dan ibu.
Ayah adam teringat satu peristiwa di kedai makan, di mana seorang anak telah ditengking dan dimarahi oleh ibunya sendiri. Hanya kerana anak tersebut menumpahkan air minuman. Terfikir ayah adam, betapa Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang. Setiap kali kita buat salah dan silap, Allah swt sentiasa membuka pintu taubat untuk kita memohon keampunan dan kemaafan.
Kenapa kita jarang nak memaafkan anak anak kita yang buat silap dan salah? Sebaliknya kita hukum anak kita, kita malukan dia, kita marah dia.
"Jangan ditangisi susu yang tumpah".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tender oh tender
16 tahun yang lalu

