Setiap kali ibu atau ayah bersolat, sehelai sejadah perlu juga di bentangkan disebelah. Kadang kala Adam mengikut 1 rakaat, lepas tuh berlari dan bermain, lepas tuh sambung solat semula. Cuma sejak kebelakang ini Adam selalu hilang fokus, dan lalu lalang di depan, atas sejadah atau mengacau ibu yang bersolat. Hari Isnin tuh dah diberi peringatan dan amaran, "
"Kalau Adam lalu lagi depan ibu masa ibu solat, nanti ibu rotan yer.. Ok?"
"Ok"..
"Faham?"
"Faham"
"Janji?"
"Janji" (sambil bagi tangan give me five).
Asar semalam Adam buat lagi. Adam tengah minum susu masa ibu mula bersolat. Lepas tuh sibuk dia menangis sambil lalu lalang di atas sejadah. Terpaksalah ibu berhenti dan menegur sambil memegang hanger.
"Hari tuh dah janji kan, kalau Adam kacau ibu solat lagi, ibu akan rotan. Nak kena rotan tak?" "Tak nak"..Muka dah mula mencebik nak menangis.
"Kenapa Adam nangis dan lalu lalang depan ibu nih?"
"Nak susu lagi". Tengok sebotol dah licin dalam masa tak sampai 5 minit. Hmm lapar sangat agaknya.
Kesian juga, tapi perlu diberi peringatan supaya tak berulang..
" Adam boleh tunggu ibu lepas solatkan. Lepas tuh baru minta susu lagi. Adam dah besar kan, Adam dah faham apa ibu cakapkan. Adam bukan budak kecik lagi. Kalau Wafi dan Isya tak aperlah sebab mereka kecik lagi (Wafi baru 5 bulan dan Isya 2 bulan). Baru tadi Adam nampak Isya kan, kecik lagi, mama dia dukung jer. Adam dah besar kan. Jadi Adam kenalah jadi macam orang besar. Ikut ibu solat, tak mau menangis masa ibu solat. Jangan kacau ibu".. Panjang lebar pula ibu bersyarah.
"Adam dah besar kan".
"Tak Adam kecik lagi"
"Eh Adam dah besar kan"
"Takkk Adam kecikkkk".
Aduhailah budak nih. Pandainya dia nak merayu2 pada kita. Tak jadi nak marah. Bancuhkan susu lagi dengan peringatan, minum baik-baik, jangan kacau ibu solat.
Soalnya loyar burukkah Adam? Hehehe yang utamnya budak bijak pandai mengambil hati ayah dan ibu.

