Khamis, 12 November 2009

Adam oh Adam

1. Cikgu Ira oh Cikgu Ira.

Dari sumber rasmi yang diperolehi, Cikgu Ira pulang ke kampung pada 31/10/2009 dengan alasan untuk tinggal bersama ibunya dan telah mendapat kerja di kampung. Namun begitu, penangan kuat Adam dan rakan2nya di Taska barangkali, Cikgu Ira cuma mampu bertahan 10 hari sahaja di kampung. Pagi Selasa bila ayah menghantar Adam ke taska, Cikgu Ira dah menunggunya di sana.

2. Kunci oh kunci.

Pagi semalam ayah Adam agak kalut dan kelam kabut bilamana kunci kereta dan kunci rumah yang biasa digunakan hilang. Setelah puas mencari, yang jumpa hanyalah remote kereta yang kebetulan telah terputus dari gugusan kunci berkenaan.

Terpaksalah ayah pergi kerja menggunakan kunci spare. Balik ke rumah, puas juga ibu cuba mencari kunci berkenaan. Ayah juga cuba mencari di jalan-jalan yang telah dilalui dan juga disurau, kalau2 tercicir di sana. Ayah telah maklumkan kehilangan kunci berkenaan kepada AJK surau, kalau ada yang terjumpa, bolehlah dipulangkan.

Pagi ini, bila ibu mengemaskan hand bag ibu terasa pula, kenapa banyak sangat kunci nih. Kunci kereta, kunci rumah dan eh nih kunci apa?.. Hehehe siapa lah pula yang meletakkan kunci kereta dan rumah ayah nih dalam beg ibu?

Pastinya tidak lain dan tidak bukan, melainkan budak bertuah nan seorang tuh. Apapun bersyukur lah sebab ayah tak perlu buat kunci kereta yang baru, sebab kunci kereta ayah tidak semudah kunci rumah untuk diduplicate.

0 comments:

Catat Ulasan