Rabu, 2 April 2008

Selamat Pagi Ayah dan Ibu

Seperti biasa adam akan duduk di kerusi biru sebelum pintu dibuka. :) Tidak pernah lupa untuk menghadiahkan senyuman kepada ayah dan ibu. Terima kasih sayangku.



Pagi ini, ayah menerima panggilan telefon dari salah seorang kawan ayah yang kini baru pulang dari latihan di Perancis. Kalau nak tahu perancis di mana, kena buka google earth atau google map. Agak lama juga dia meninggalkan anak anaknya di malaysia. Bulan Ogos, beliau akan kembali ke Perancis semula. Meninggalkan anak anaknya kembali dengan nenek mereka.

Ayah adam pula sepanjang bulan April ini pun penuh dengan aktiviti yang memerlukan ayah adam berjauhan dengan adam dan ibu adam. Pada 9 dan 10 April 2008 ayah adam akan ke Singapura sempena RFID Asia 2008, pada 18, 19 dan 20 April 2008, ke Melaka sempena Minggu Amanah Saham Malaysia anjuran PNB Berhad dan 25, 26 dan 27 April 2008 akan berada di IOI Palm Garden Resort, Putrajaya sempena Relationship Oriented Service Excellence Program anjuran HeiTech Padu.

Ini bererti 2 kali hujung minggu yang berjumlah 4 hari, ayah adam tidak dapat menemani adam dan ibu adam menghabiskan hujung minggu. Walau bagaimanapun terima kasih kepada teknologi 3G, Insya Allah, ayah adam masih dapat melihat, mendengar dan berkomunikasi dengan ayah kesayangan ayah dan isteri yang tercinta.

0 comments:

Catat Ulasan