Selasa, 22 April 2008

Pening

Semalam ayah adam sepatutnya bertolak dari KL
pukul 8.00 pagi untuk bertugas di Melaka sempena MASM di MITC. Namun
penghawa dingin kereta ayah rosak. Jadi ayah ke Pusat Servis Honda di
USJ. Sampai di sana, baru ayah tersedar yang dompet duit ayah
tertinggal di rumah. Selepas mengambil rakan sekerja di HeiTech
Village, ayah pulang ke rumah untuk mengambil dompet duit dan terus ke
kedai untuk menambah gas penghawa dingin namun jurujual memaklumkan
yang kompressor kereta ayah tidak berfungsi. Ayah dah beritahu boss
ayah, yang hari Rabu ayah akan bercuti untuk menghantar kereta ke Pusat
Servis Global Amity di Sri Serdang. Oleh kerana dah agak lewat, ayah
pinjam kereta uda lalu bergerak ke Melaka. Sebelah malam, ayah ada
masalah pula dengan tempat tinggal, nasib baik boleh diselesaikan.



Pagi ini, bangun dari tidur, kepala ayah rasa sakit sangat. Entah
kenapa. Pagi pagi lagi Cik Su dah telefon minta tolong bantu dalam
pemindahan ke pejabat baru yang melibatkan sistem perkomputeran. Ayah
adam maklumkan pada Cik Su, hari rabu lepas service kereta, I akan ke
pejabat beliau untuk melihat keperluan perpindahan sistem komputer
beliau.



Lepas sarapan, ayah ke MITC. Nampaknya hanya berdua saja yang bertugas.
Dan pagi ini ayah dikejutkan lagi dengan kehadiran email menyatakan
ayah telah terlebih guna untuk rawatan GP dan SP. Peruntukkan untuk
Isteri dan tanggungan hanya RM3000 setahun dan sebarang lebihan
penggunaan, perlu membayar balik sama ada potongan gaji mahupun bayaran
secara tunai. Pertama kali dalam sejarah ayah adam bekerja dengan
HeiTech, ayah adam telah terlebih guna sebanyak RM729.95. Hari khamis
ini, ayah akan berbincang dengan HR untuk menentukan proses pembayaran
kembali lebihan penggunaan tersebut.



Nampaknya ayah kena menguruskan penggunaan faedah perubatan
memandangkan ayah dan adam juga di bawah skim faedah perubatan ibu
adam. Jadi penggunaan faedah perubatan perlu dirancang dengan rapi.
Bila nak guna faedah di bawah ibu adam atau di bawah ayah adam.




0 comments:

Catat Ulasan