Semalam ayah adam ada jamuan makan tengah hari di hotel Pyramid Tower. Terlalu banyak makanan yang terhidang, dan semuanya begitu menyelerakan namun keadaan kesihatan ayah yang deman, selsema serta batuk menyebabkan apa yang ayah makan sama ada pahit atau tawar. Hanya dua rasa yang terasa. Dalam perjalanan pulang semalam, terbit dari pemikiran ayah, bahawa begitu juga dengan kehidupan kita. Hidup ini indah dan cukup dengan hiasan warna warna pelangi. Bagi mereka yang sihat, mereka sentiasa bersyukur dengan kehidupan ini. Susah dia sabar dan senang dia syukur.


Namun kalau sekiranya jiwa kita sakit, hati kita penuh dengan demdam, benci iri hati dan sifat sifat yang jelik maka dunia yang indah seringkali dilihat bagaikan hitam dan putih. Kalau orang lain bahagia maka hatinya akan susah dan risau melihat orang bahagia dan kalau boleh mereka nak orang lain menderita bersamanya dan kalau dirinya bahagia maka biarkan orang lain menderita. Hilang rasa syukur dan nikmat. Maka rawatan diperlukan dengan kadar segera. Taubat adalah sebaik baik rawatan. Insaf di atas perbuatan buruk dan kembali ke jalan yang lurus.


0 comments:
Catat Ulasan