Khamis, 10 April 2008

Rindu

Dah pukul 10.00 pagi, ayah masih di atas katil. Rasanya pusat pameran dah buka namun ayah masih belum mandi pun. Entah kenapa.

Pagi tadi ayah bangun pukul 6.30 pagi. Ayah ke masjid bencoolen untuk bersolat subuh sebab ayah lupa bawa kompas. Nasib baik masjid tersebut seberang jalan .

Dalam perjalanan pulang ayah singgah 7Eleven untuk beli biskut. Ayah dah bayar dan ketika itu ayah nampak wanita bertudung dan ayah yakin melayu mengambil pau. Dalam benak ayah, halal ke? Ayah pun melihat tempat pau dan kelihatan tanda halal majlis ugama islam singapura. Apa lagi breakfast halal pau dengan jus oren.

Sekarang, ayah masih di atas katil bermalasan namun fikiran ayah pada adam dan ibu adam.