Isnin, 14 Januari 2008

Selesai proses perpindahan, proses unpacking

Semalam bermula proses unpack barang. Memang tak disangka, banyak juga barang. Semalam malam minggu, malam pertama adam tidur di rumah baru. Buat masa nie ibu adam temankan adam tidur di bilik dia. Lepas nie bolehlah adam tidur sendiri di dalam bilik. Belum pun habis unpack, petang semalam kena pergi rumah bakal mertua pak uda. Bincang pasal hari perkahwinan. Walau pun keputusan dah di capai namun terpaksa dibincangkan semula atas sebab sebab yang tak dijangka.

Kami masih lagi keletihan dan kepenatan. Pagi tadi pukul 5, adam dah terjaga. Menangis dan merengek. Kahak banyak so bagi ubat. Bila bagi ubat, seperti biasa 1 jam meragamnya. pukul 6, baru tidur balik. Pukul 7 pg hantar taska.

0 comments:

Catat Ulasan