Semalam bermula dengan penghantaran adam ke taska oleh ibu adam. Ayah adam memang dah tak larat. Semalam keletihan memasang tikar getah. Malam tadi ibu adam berjaga sampai pukul 2 pagi mengemas dan membungkus barang barang rumah lama. Perjanjian di antara syarikat pengangkutan pukul 10.30 pagi. Dijangkakan selesai proses perpindahan sebelum solat jumaat. Tapi apakan daya kita merancang Allah swt yang menentukan. Sehingga selesai solat jumaat lebih kurang pukul 4.00 ptg baru semuanya selesai dipindahkan ke rumah baru.
Banyak perkara yang tidak diduga berlaku. Antaranya berat lori yang ditempah 3 tan namun hati dan perasaan pengurus syarikat perpindahan merasakan tidak mencukup lantas dia membawa lori 8 tan. Kalau menggunakan 3 tan, tentunya akan mengambil masa dan bilangan perjalanan bertambah. Apa pun syukur Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.
Malam tadi, ayah adam sempat berjemaah solat isyak di surau. Berkenalan dengan jemaah surau. Lama juga berbual dengan mereka sambil dijamu nasi goreng cina dan teh o. Banyak topik yang disentuh dan ayah adam cuba menjadi pendengar yang baik. Balik sampai rumah, ibu adam dan adam telah pun tertidur.

Tak sangka pula barang banyak setelah dipack.
Lori 8 tan
Tilam adam dengan prince dan princess serta spongebob
:) Seriusnya dia ..

-738274.jpg)
-739541.jpg)

0 comments:
Catat Ulasan