Isnin, 7 Januari 2008

Berhujung minggu

Semalam, adam bangun lewat. Jadi kami tak dapat nak ke mana mana pun. Hanya ibu adam ke pasar sementara ayah adam berada di rumah menjaga adam. Seperti biasa, adam bersarapan, kemudian bermain dengan ayah serta ibu sementara sebelah petang, kami keluar mengambil kereta ibu yang telah dibenarkan keluar dari bengkel. Kos keseluruhan untuk membaiki kereta ibu adam adalah RM1038. Menurut ibu adam, bunyi enjin senyap sedikit dan tekan minyak pun lembut. Komen ayah adam, biasalah tu. Baru di overhaul. Begitulah.


Hampir maghrib, ayah dan ibu menikmati roti yang dicicah dengan kari dan adam sibuk bermain dengan bungkusan roti. Ayah adam cuba suapkan roti sedikit, adam telan dan meminta lagi. Maka hari ini adalah hari dalam sejarah dimana adam mula merasa bagaimana rasanya roti. Kami tidur awal malam tadi. Adam pun sama. Pukul 4 lebih adam dah terjaga. Mengejutkan kami. Oleh kerana hari ini Isnin dan nasi serta lauk kari daging masih ada lagi maka berpuasalah kami kecuali adam. :P


Sama ke ?


0 comments:

Catat Ulasan