Jumaat, 11 Januari 2008

Penat dan letih

Keadaan rumah sebelum dicuci.




Ibu adam sedang mengesahkan penghantaran pembantu untuk memcuci rumah.


Adam di atas sinki, rumah masih lagi kotor dan berabuk.


Aktiviti mencuci yang dijalankan.

Ayah adam memasang tikar getah.


Adam di dalam bilik adam.


:) cerianya dia


Final touch...

Memang penat dan letih, itu saja yang dapat digambarkan apabila berbicara tentang pindah rumah. Bermula dengan membungkus kemudian menyediakan rumah baru yang hendak diduduki hinggalah ke proses perpindahan berakhir. Dalam perancangan perpindahan keluarga adam ke rumah baru, hari ini adalah hari perpindahan yang melibatkan pihak luar iaitu mover. Dijangkakan sebuah lori 3 tan akan digunakan beserta dengan 3 orang pekerja yang akan terlibat. Altiviti dijangka bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir sebelum solat jumaat. Insya Allah.

Semalam ayah adam telah pun berjaya memasang tikar getah untuk ke seluruhan rumah serta bilik. Aktiviti yang bermula agak lewat petang berakhir jam 7.45 mlm. Sebelum itu, aktiviti mencucui rumah tersebut telah disub kontraktor kepada perkhidmatan mencuci rumah Madam Lim dengan 3 orang pekerja selama 2 jam yang bermula dari pukul 11.45 hingga 1.45 petang. Terima kasih kepada ibu adam yang tetap setia membantu dan memberikan sokongan kepada ayah adam. Dalam proses perpindahan ini, ibu adam merupakan pengarah projek yang mengkoordinasikan keseluruhan proses.

0 comments:

Catat Ulasan