Isnin, 20 Ogos 2007

Majlis memberi nama, marhaban dan berzanji




Semalam, banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup Adam. Lepas solat subuh, ibu menyediakan baju, susu dan segala keperluan Adam untuk satu perjalanan yang agak jauh selama sehari. Bagaikan tahu, belum pun pukul 8 pagi Adam telah terjaga, terus dimandikan oleh ibu dan ayah. Perkara pertama yang menarik bagi Adam adalah dia tidak lagi menangis sewaktu dimandikan. Adam menikmati belaian tangan ayah dan ibu yang membersihkan dirinya. Selesai mandi, sewaktu ibu sedang menyiapkan Adam, ayah memasukkan segala keperluan ke dalam kereta. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Adam mula bertolak ke rumah Tok Teh di Felda Gunung Besaut, Slim River, Perak.



Adam tiba di rumah Tok Teh lebih kurang pukul 10.30 pagi, sambut oleh Nenek Su. Kemudian, semua nenek saudara Adam berebut2 untuk memangku Adam. 5 dari 8 tok dan nenek sedara Adam ada di sana. Semua yang pertama kali melihat Adam memuji Adam, "Mata dia, bulat dan bersinarnya". "Hidungnya, mancungnya" " Eh dia senyum, ada lesung pipit lagi di kiri dan kanan" " Eh sebijik macam muka mak dia lah " " Comelnya, dah berapa bulan nih"



Hati ibu mana yang tidak kembang kalau anaknya dipuji macam tuh. Dengan senyum ibu menjawap, seminggu lagi Adam genap 2 bulan. Setelah semua 'nenek2 sedara' Adam puas memuji Adam, barulah Ibu meletakkan Adam di sebelah 2 pupu Adam yang baru berusia sebulan sehari, Afiq Haikal. Perkataan pertama mak Afiq adalah, dari sesi saiz badan Afiq menang, tapi dari segi mata dan hidung, Adam yang menang, Afiq kalah :)


Bila tetamu lelaki mula ramai, Adam dan Afiq dibawa mengadap tok imam untuk diberikan nama secara rasmi. Adalah doa2 yang dibaca oleh Tok Imam tuhuntuk kesejahteraan Adam dan Afiq.


Bila tetamu lelaki muda berdiri dan membaca marhaban dan berzanji, Adam Harith dan Afiq Haikal, bersama seorang lagi 2 pupu, Rabiatul Adibah, membuat "lintas hormat" sebanyak 3 kali dihadapan para tetamu. Kepala 3 baby ini disapu dengan air yang diwangikan dengan pandan dan pewangi. Adam dan Afiq sama2 tidur, manakala Adibah yang telah 8 bulan menangis sekuat hati.


Kemudian semua para tetamu dihilangkan dengan dengan jamuan makan tengahari. Selesai makan, ramai yang mengambil kesempatan untuk solat zuhur atau berihat, sementara menantikan satu lagi upacara, majlis pertunangan Mak Lang Rozita.


Kira-kira pukul 3 petang, kereta rombongan peminangan tiba dari Kuala Kangsar sebanyak 10 biji kereta. Adam dan ibu yang tidak mahu terlibat, cuma berihat di dapar. Manakala Ayah menggunakan peluang ini untuk memahirkan diri sebagai cameramen. Inilah kali pertama ayah mengambil video event yang penting. Jika hasil yang diperolehi memuaskan, mungkin ayah boleh menjadikan cameramen/videomen sebagai kerjaya parttime.


Selepas rombongan peminangan berangkat pulang, Ibu dan ayah pun meminta diri. Atas alasan tak mahu tiba dirumah waktu senja, Adam di bawa pulang kira-kira pukul 4.30 petang dan tiba dirumah lebih kurang pukul 6.30 ptg.


Itulah pengalaman pertama Adam keluar dari rutin hidup seharian di rumah dan taska sahaja. :)

0 comments:

Catat Ulasan