Khamis, 2 Ogos 2007

Adam akan masuk taska

Alhamdulillah, berkat doa sahbat sahabat yang prihatin dan kesungguhan usaha yang ditunjukkan oleh umi adam telah membuahkan hasil apabila malam tadi kami telah berjaya menemui sebuah taska yang sanggup mengambil adam sebagai salah seorang anak jagaannya. Mungkin ini yang terbaik untuk adam. Ayah adam telah pun berbicara dengan tok dy adam (pak cik ayah adam) tentang rancangan untuk mengambil pembantu rumah dari kemboja. Setelah meneliti pro dan con rasanya itu memang yang terbaik sebab adam akan mendapat perhatian sepenuhnya dari pembantu rumah tersebut namun masa yang diperlukan untuk mendapatkan pembantu rumah tersebut adalah dijangkakan selama 2 bulan. Ayah adam tidak ada masa 2 bulan kerana nenek adam nak balik kampung hujung minggu ini juga sementara umi adam akan ke johor selama seminggu rasanya atas tugas diluar kawasan.

Kadang kadang ayah adam rasa kecewa juga sebab tidak mendapat kerjasama daripada beberapa pihak. "Kerja adalah kerja dan urusan keluarga adalah urusan keluarga. Jangan campurkan urusan kerja dengan urusan keluarga." Rasanya pendapat ini dah usang dan lapok. Mungkin bagi mereka yang masih lagi bergelar "teruna tua" atau "perawan tua" sahaja yang akan berkata sedemikian. Bagi mereka yang dah berkeluarga tentunya mereka akan faham dan mengerti bahawa keluarga adalah satu institusi yang penting. Kekuatan untuk seorang pekerja bekerja adalah kerana ingin mencari rezeki untuk keluarga. Ini akan menjadikan seorang pekerja itu bekerja dengan lebih kuat, lebih hebat serta lebih cemerlang dan ini akan meningkatkan produktiviti. Keharmonian dalam keluarga juga akan membantu meningkatkan lagi semangat untuk bekerja. Namun oleh kerana kejahilan tentang perkara ini maka ramai yang sewenang wenangnya menzalimi orang lain yang berusaha untuk mengharmonikan keluarga mereka dengan memisahkan urusan kerja dengan urusan kekeluargaan. Sedangkan kedua duanya adalah saling berkaitan dan perlu ada tolak ansur.

Dengan ini ayah adam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Heitech Padu Berhad yang memberikan kerjasama yang amat dihargai dalam membantu ayah adam, terutama mereka yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dari Bahagian Applied Research And Development serta dari Bahagian Sumber Manusia. Insya Allah, komitmen ayah adam pada Heitech Padu Berhad tetap jitu dan padu.

0 comments:

Catat Ulasan