Hari Isnin (6/8/2007) – Hari pertama ibu outstation setelah lebih setahun ibu tiada tugasan luar. Kali ini bersama 2 orang ahli baru. Perjalanan yang cukup jauh, ke Bandar Penawar, hingga hampir penghujung Semenanjung Malaysia, tetapi tidak dirancang dengan sempurna. Selama nih, kalau ibu ahli utama, ibu akan booking hotel terlebih dahulu, jadi sebelum bertolak dah tahu nak duduk dimana.
Lepas maghrib selama hampir sejam dihabiskan untuk mencari hotel disekitar Desaru, yang sesuai dengan kelayakan setiap orang ahli. Selepas makan malam, kira-kira pukul 9.30 malam barulah ibu dapat berehat dibilik. Selepas membersihkan diri, ibu terus lena keletihan.
Entah pukul berapa ibu terjaga, “Eh mana anak ibu?”. Ibu cari kalau2 tersorok bawah selimut, dalam beg pakaian, “Anak ibu hilang”. Hampir ibu menangis bila tersedar, ibu di Desaru, Johor, dan anak ibu di KL bersama ayahnya. Ibu berdoa anak ibu lena tidur dan tidak memberi masalah sangat kepada ayah yang menjaga Adam sendirian.
Hari Selasa (7/8/2007) – Pertama kali membuat audit di Bengkel Bas. Kerja pun dilakukan di dalam Kontena yang dijadikan pejabat. Sikit sahaja bahagian yang perlu ibu lakukan. Sebenarnya, kalau ibu tak pergi pun, tidak apa, sebab orang lain oleh tolong cover bahagian ibu. Tetapi sebab ada orang yang pura-pura tidak faham dan sengaja menyusahkan ayah dan anak ibu, maka ibu pun terpaksa juga pergi. Sepanjang hari ibu menyumpah dan berdoa semoga ini adalah kali terakhir ibu meninggalkan Adam bersama-sama ayah sendirian.
2 kali ayah menghantar mms gambar Adam yang tidur dan bermain pada ibu. Comelnya anak ibu. Rindunya ibu pada bau, rengek dan tangisan anak ibu.
Pukul 3 pagi ayah call ibu. Ayah kata Adam tak mau tidur. Kaki dan tangan ayah pula krem. Tiada apa yang mampu ibu lakukan. Jika mampu, rasanya mau ibu terbang ke KL malam tuh juga, tapi ibu tak berdaya. Cuma dengan linangan air mata ibu panjatkan doa agar ayah sihat dan dapat menjaga Adam. Dan ibu berharap agar Adam tidak lagi meragam dan menyusahkan ayah.
Hari Rabu (8/8/07) – Pukul 7.30, ayah call mengatakan Adam telah dihantar ke TASKA dan ayah dalam perjalanan ke tempat kerja. Ibu mengatakan nak cuba mohon balik KL naik bas hari nih, tapi ayah melarang. Ayah minta ibu berdoa yang terbaik untuk semua, sebab kadang-kadang apa yang kita minta atau inginkan bukanlah yang terbaik. Mungkin sesuatu perkara itu buruk bagi kita, tetapi Allah lebih mengetahui hikmah yang terkandung di sebalik semua yang berlaku.
Seperti yang dijangkakan, tiada apa sangat yang perlu ibu buat pagi nih. Lepas mencatatkan penemuan yang diperolehi semalam dalam notebook, ibu mampu untuk menaip coretan ini. Memang sepatutnya ibu tak perlu meninggalkan Adam.
Waktu minum petang, ada yang bercerita sejarah hitam dalam pekerjaan dan kehidupannya dan berpesan kepada semua, jangan memburukkan atau menganiaya kawan, Allah akan membalas perbuatan buruk tersebut secepat mungkin. Semua yang ada mengiyakan kata-kata tersebut, tanpa ada yang menyedari ada yang sedang bertindak kejam kepada Adam Harith dan ayahnya.
Petangnya bersia-siar dibelakang hotel, sekitar kolam renang dan Laut China Selatan di pantai Desaru. Tentu seronok kalau tengok Adam main air, tapi rasanya ibu cuma akan benarkan Adam main air di kolam renang. Tak sanggup ibu membenarkan anak manja ibu dipukul gelombang ganas Laut China Selatan.
Balik ke bilik, ayah call, suruh ibu cakap dengan Adam. Rindunya ibu kepada anak ibu. Malam tuh, orang-orang lelaki pergi makan di Sg Rengit/Tanjung Piai, penghujung benua Asia, tapi ibu lebih senang berkemas untuk check-out esok. Entah pukul berapa ibu tertidur dan pukul berapa pula terjaga. Sekali lagi ibu mencari anak ibu bawah selimut, dalam beg, dalam toilet. Ahhh..mengigau lagi. Ibu terlalu rindukan anak ibu sebenarnya.
Khamis (9/8/2007)- Lepas sarapan, ke Terminal bas untuk print. Kemudian ke bengkel/pejabat untuk membincangkan penemuan audit tersebut dengan pengurus pusat tersebut. Lepas itu balik semula ke hotel untuk check-out dari hotel. Terus bertolak ke JB.
Pukul 2.30 dah sampai di Bangunan baru Pejabat Negeri. Lepas makan mee rebus dan cendol, ke Pejabat, untuk bagi salam kepada ‘tuan rumah’ bagitau kami dah masuk dalam negeri anda. Lepas tuh baru bertolak ke Hotel M Suites, JB. Ketika lalu depan Stesyen Bas Larkin, ibu dah cakap tinggalkan ibu di sini, ibu nak balik KL naik bas, tetapi di larang. Kalau ibu balik hari ini, esok ibu kena ke pejabat. Ini bermakna menyebakan seluruh ahli kumpulan yang lain dalam serba-salah.Tetapi ibu yang daha seminggu serba salah seninggalkan anak ibu sendirian dengan ayah tak apa pula... saber ajer lah.
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami dalam membersarkan dan menjaga Adam Harith ini. Berilah yang terbaik dan permudahkanlah segala urusan.
0 comments:
Catat Ulasan