Rabu, 15 Ogos 2007

Coretan ibu

Diam tak diam, dah sebulan Adam bersama Ibu dan Ayah. Adam mula masuk ke rumah ini 1 Rejab, dan hari nih 1 Sa’aban. Hari ini kali pertama Adam balik dari Taska naik kereta Ibu. Selama nih hanya ayah yang hantar Adam. Hari nih sebab Adam demam, ayah bawa Adam ke klinik. Dah lewat masuk pejabat, ayah rasa bersalah kalau balik awal macam biasa. Tuh kelebihan kerja di swasta, dimana masuk dan keluar pejabat agak fleksible, berbanding ibu yang kerja dengan kerajaan dimana masuk dan keluar diukur dengan ’Punch Card’.

Begitu berhati2 ibu bawa Adam naik kereta. Takut terhentak kalau terlanggar lopak. Terdetik hati ibu, kalau Adam di hantar ke Taska di tempat kerja ibu, macam nih lah hari2. Adam akan bersama ibu sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik. Mula2 ibu ingat Taska di tempat ibu adalah yang terbaik, dari segi harga dan kemudahannya. Nampaknya apa yang kita sangkakan terbaik, tidak semestinya terbaik dalam segala hal. Sekarang nih, Taska ni cuma 5 minit perjalanan dari rumah. Ayah senang nak hantar dan ambil sebab memang dalam perjalanan ayah. Berbanding jika Adam di Taska tempat kerja ibu, jika ibu outstation, pastinya menyukarkan untuk ayah menghantar dan mengambil Adam. Taska dibuka 7.30-5.45 ptg sahaja, lewat sejam akan dkenakan RM10 setiapjam.

Betullah manusia merancang, Allah merancang dan pastinya perancangan Allah yang paling sempurna. Ibu yakin Allah telah merancang kehidupan yang terbaik dan sempurna untuk Adam untuk menjadikan Adam seorang yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Ibu dan ayah cuma sebagai dapat membantu sahaja. Selebihnya terletak kepada Adam sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan