Sabtu, 14 Jun 2008

Ke mana tu?

Ke mana agaknya?

Rabu, 11 Jun 2008

Skill terbaru adam















Wajah ceria menyambut ayah pulang dari kerja.















Tengok tu. Adam minum guna apa?
















Pandainya dia .... sedut jangan tak sedut.















Sedapnya ..

Selasa, 10 Jun 2008

Cepatlah ayah ..


Cepatlah ayah .... Lambat betul. Adam nak pergi taska. Hari dah siang.

Hmm malam tadi dera ayah tidur lewat. Minta ayah temankan adam tengok bola. Lepas tu pagi ini, adam kejutkan ayah pukul 5.45 pagi. Dan sekarang nie nak minta ayah cepat hantar ke taska? Ok ok .. ayah cepatlah nie ..

Ahad, 8 Jun 2008

Telatah Adam

Telatah adam tengok tom tom bak.


Sabtu, 7 Jun 2008

Berhujung minggu

Hari ini banyak perancangan yang telah dirancang. Pagi singgah rumah mak atuk. Lama juga di rumah mak atuk kerana nenek senah pun ada. Adam begitu serasi bila didukong oleh nenek senah. kemudian kami breakfast di Restoren Tuu Dia Pak Tam di depan Studium Selayang. Ayah makan sup soto dan ibu adam sarapan nasi lemak. Ayah kongsi dengan adam. Nasi himpit di lenyek dan dituang sup. Berselera adam menjamahnya. Banyak juga adam makan.


Dalam perjalanan ke rumah mak atuk, sempat adam menghabiskan sekeping biskut

Pulang dari bersarapan, kami ke selayang untuk menempah menjahit baju melayu ayah. Maklumlah uda dah nak bernikah pada bulan 8 dan baju ayah adam masih belum dibuat. Dalam perjalanan pulang, sempah kami jual kotak dan tin susu adam. Dapat RM2.30. Masuk dalam tabung adamlah.


Ceria sungguh adam.

Sebelah petang, setelah berehat di rumah, kami ke Tesco Selayang untuk membeli beberapa barang yang penting. Antaranya penapis air khas untuk mencuci pakaian adam. Maklumlah baju adam warna putih tapi bila basuh ada tompok cokelat. Jadi kena cuci sekali lagi. Ini disebabkan oleh air. Air untuk minuman memang telah ditapis dan kini untuk membasuh pula.

Khamis, 5 Jun 2008

Percutian pertama Adam

Dah lama ayah dan ibu Adam bercadang untuk bercuti setelah penat bekerja. Malangnya dalam bulan April dan Mei ayah Adam terlalu sibuk dengan pelbagai projek. Tak cukup dengan hari2 biasa, hujung minggu pun terpaksa juga bekerja. Malangnya tiada tuntutan overtime yang boleh dibuat, cuma digantikan dengan cuti.

Hujung minggu lepas ibu dan ayah Adam memutuskan untuk pulang ke Perak, bertemu dengan nenek dan saudara mara belah ibu Adam. Perjalanan bermula pagi Ahad dengan lancarnya kerana hujung minggu dan cuti sekolah. Adam tiba dirumah nenek kira2 pukul 2 petang. Seronoknya Adam dalam berjalan dalam walker di dapur nenek yang luas, berbanding dengan rumah Adam yang agak kecil dan berbilik-bilik pula. Mulut Adam bukan main riuh lagi, entah apalah yang disebutnya setiap kali di agah oleh nenek, tok teh dan juga mak alang Adam. Waktu malam, Adam semakin ceria menjerit2 sebab inilah kali pertama Adam merasa terkurung dalam kelambu, semasa orang lain sedang menikmati makan malam dan kemudiannya berbual2. Walau bagaimanapun Adam begitu baik, tidak langsung cuba untuk keluar dari kelambu tersebut, cuma menyentuhnya dan kemudian meneruskan bermain dengan toy2 yang dibawa bersama-sama. Adam tidur agak lewat. Jam dinding berbunyi pukul 11.30 pun masih kedengaran suara Adam yang sesekali diselang-selikan dengan jeritan.

Hari isnin, Adam agak sibuk 'beraya'. Oleh kerana, semua saudara mara belum pernah bertemu Adam, inilah kami pertama Adam memperkenalkan diri. Selepas 3 buah rumah nenek saudara ibu Adam, kami pergi pula daerah Parit Buntar. Mulanya ke rumah Paksu ibu Adam. Setelah makan tengahari, 2 biji kereta menuju pula ke rumah anak saudara ibu Adam yang baru sebulan melahirkan anak sulungnya. Tiba di sana, ibu Adam terus sahaja mendukung cucu saudara yang bernama Irfan. Adam agak terkejut dan sedikit cemburu melihat ibu mendukung baby lain.

Setelah agak lama di sana, dan dilaporkan abang ibu Adam telah pulang dari membawa babynya dari Hospital Bukit Mertajam, kami ke rumah baru uncle Adam di Taman Desa Aman, Parit Buntar. Tiba disana, Adam perlu dimandikan terlebih dahulu kerana berlaku kebocoran yang agak dahsyat. Setelah Adam bersih dan wangi, barulah ibu Adam dapat mendukung sepupu Adam yang bernama Amirul Muhaimim. Irfan cuma 5 hari lebih tua dari bapa saudaranya Muhaimim. Kali ini Adam tidak lagi cemburu bila ibu mendukung baby lain, kerana Adam naik walker kepunyaan abang2 sepupunya, Amirul Mohsinin, Amirul Mukminim dan Amirul Mustaqim. Tidak lupa juga kak long Adam yang bernama Nur Atika Mastura.

Dalam perjalanan pulang kerumah nenek, Adam tidur keletihan. Tiba dirumah, terus dimasukkan kedalam buai. Selepas bersolat maghrib, Adam terus dimasukkan kedalam kelambu kerana nyamuk yang semakin banyak. Ketika kami menjamu selera, Adam bangun dan mula menjerit2 riang. Toy terbaru Adam adalah kipas yang nenek buat daripada upih pinang. Sesekali terdengar Adam menjerit abah dan mama. Adam juga telah mempelajari perkataan baru 'nenek' bila balik kampung. Selain daripada itu, Adam juga tertarik melihat ayam. Rasanya sekali lagi balik kampung, bila Adam dah pandai berjalan, habislah ayam2 nenek ditangkap Adam :)

Pagi selasa, kami bertolak balik ke KL. Ayah memandu hingga Tapah. Selepas berehat, menjamu selera dan membeli sedikit buah, perjalanan diteruskan dengan kereta dipandu pula oleh ibu Adam, sementara ayah dan Adam terlena keletihan di belakang. Adam tiba dirumah kira-kira pukul 1.30 tghhari.

Pengalaman pertama Adam balik kampung. Nampaknya Adam cukup baik, tidak meragam, dan tidak ada sebarang masalah penyesuaian tempat baru. Lepas ini bolehlah bawa Adam balik Johor pula. Cuma bila nak balik, selain dari 1 bekas ubat, gas dan inhealer Adam, perkara lain yang tidak boleh lupa adalah ubat nyamuk, kelambu dan juga repeller cream untuk mengelakkan gigitan serangga samada nyamuk dan sebagainya.


Album
Percutian Pertama Adam

Rabu, 4 Jun 2008

Minyak Naik Lagi

Belum pun reda isu harga barang naik, kini, harga minyak pula naik. Walaupun telah dijangka namun kesannya dari segi emosi tetap terasa. Semakin tertekan dan terdesak rasanya. Harga minyak dari RM1.92 menjadi RM2.70 seliter. Bukan sedikit, tapi 78 sen kenaikan. Mungkin bagi ibu dan ayah adam tidaklah terasa sangat tapi bagaimana dengan mereka yang duduk dikampung?

Apa kesan utama kenaikan harga minyak? Yang pasti harga barang akan naik. Maklumlah kos pengangkutan naik maka harga barang juga akan naik. Nak berjimat bagaimana lagi agaknya? Naik kenderaan awam? Pastinya selepas ini, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan awam akan meminta kerajaan menaikkan harga tambang dengan alasan harga minyak naik.

Apa pun yang pasti usaha untuk menambah sumber pendapatan perlu dilakukan. Sambil berdoa dan berusaha. Kita bertawakal sahaja.

Apa yang harus ayah dan ibu adam lakukan?

Isnin, 2 Jun 2008

Blog adam harith ditutup.

Adalah dimaklumkan, blog adam harith ditutup buat sementara. Dah penat
blogging. Nak rehat.

Sabtu, 31 Mei 2008

Keluhan Peniaga Kecil

Salam,

Sekadar berkongsi coretan tentang apa yang berlaku pagi semalam. Semalam ayah adam bercuti kerana beberapa urusan yang tertangguh beberapa bulan. Dan setelah selesai segala urusan, ayah adam singgah sebentar di kedai runcit yang betul betul bertentangan dengan taska adam. Mulanya, ayah adam ingat nak beli bahan basah untuk dimasak namun ketika ayah adam terpandang jam dinding yang menunjukkan pukul 11.30 pagi, dan pukul 12.30 tgh nak bersolat jumaat, detik hatiku menyatakan tak sempat kalau nak masak. Jadi ayah adam hanya membeli sebuku roti buat pengalas perut.

Apa yang menarik perhatian ayah adam adalah perbualan antara pemilik kedai dengan isterinya yang mendukong bayi yang masih lagi kecil, si isteri bertanya kepada suaminya, "bagaimana dengan harga maggi?". Kedengaran si suami menyatakan."Entahlah, serba salah. Nak letakkan 90 sen, kita untung cuma 2 sen tapi harga barang semakin naik".

Ayah adam meletakkan sebuku roti yang ayah adam ambil dan bertanya harganya. RM2.20, Tanpa banyak soal ayah adam terus menghulurkan RM10 dan sementara menanti si suami ini menyediakan wang baki, si isteri mengeluh, "Barang semakin hari semakin naik. Sebungkus Maggi, kemarin dijual dengan harga RM0.70 dan hari ini terpaksa dijual dengan harga RM1.00 sebungkus. Untung cuma RM0.12. Itu pun kalau ada yang membelinya. Ramai yang ingat berniaga kedai runcit ini mendatangkan keuntungan namun sebenarnya yang untung adalah pekilang dan pemborong. Kita ni nak balik modal pun susah". ayah adam hanya mampu tersengeh dan mengiakannya. Peruncitan bukan bidang ayah adam. Kalau ICT nie dah hampir 10 tahun ayah adam berkecimpung. Dah masak dengan selok beloknya. Ayah adam hanya mampu tersenyum dan mengeluarkan perkataan "Begitu", sambil mengambil baki duit dan beredar.

Dalam perjalanan balik, ayah adam mula terfikir. Begitu rupanya keadaan di kedai runcit yang kecil. Rasanya dah lama ayah adam tak ke kedai runcit kecil. Bila ayah adam nak beli barang dapur, ayah adam akan ke Tesco, atau Giant atau Carrefour. Dan ayah adam tak pernah nak fikir sama ada barang yang ayah adam beli tu murah ke mahal. Terutama barang keperluan anak adam. Biasanya ayah adam akan menghabiskan RM200 hingga RM300 setiap kali ayah adam ke pasaraya besar. Ayah adam dan dan ibu adam bekerja, hanya masak hujung minggu, itu pun kalau rajinlah tapi biasanya kami makan diluar sama ada makan di kedai atau bungkus. Mungkin bagi diri ayah adam, pasaraya besar memudahkan segala urusan dan terdapat semua barang yang ayah adam perlukan.

Dan hari ini ayah adam baru tersedar bahawa demi kerana keselesaan diri ayah adam, demi kerana kemudahan diri ayah adam, pendek kata demi kepentingan diri ayah adam sendiri, rupanya ada insan lain yang terasa bahangnya. Ada insan lain yang menderita kerana tidak mampu bersaing dengan pasaraya besar dalam perang harga. Peniaga kecil ini pun sama seperti diri ayah adam. Ada anak isteri yang perlu diberi makan dan mereka juga berhak untuk mendapatkan keuntungan kerana dengan keuntungan itulah dia menyara anak isterinya dan sebagai modal pusingan perniagaannya.

Adil ke ayah adam membandingkan harga dikedainya dengan pasaraya besar? Hanya kerana beza harga seringgit dua ringgit, ayah adam menghukum kedai tersebut mahal? ayah adam tak tahu berapa banyak kedai runcit yang sepertinya, yang terpaksa tutup hanya kerana kehadiran pasaraya besar dan sikap insan seperti ayah adam. Terfikir diriku, sekiranya dia tidak dapat bersaing dan terpaksa menutup kedainya, apa yang akan berlaku. Mungkin peniaga ini akan terpaksa bekerja di pasaraya besar itu? Sekiranya itu berlaku maka kita kehilangan seorang lagi usahawan bumiputra.

Ayah adam tak tahu bagaimana nak membantu. Siapalah ayah adam. Cuma bermula dari hari ini, ayah adam akan terus memberikan sokongan ayah adam kepada peniaga kecil ini dengan membeli barang dari kedainya. Walaupun agak "mahal" sedikit namun rasanya berbaloi kerana ayah adam menyokong peniaga kecil bumiputra. ayah adam membeli barang dari kedainya, ayah adam membantu dia membesarkan anak anak dia yang satu hari nanti akan membantu ayah dan ibunya. Sama seperti ayah adam mengharapkan agar satu hari nanti, adam akan membantu seramai mana insan yang memerlukan bantuan

Wasalam.


Jumaat, 30 Mei 2008

Bila Adam bertemu bear Acu



Heheh Sama besar bear acu.



Ayah .... adam nak bawa balik rumah boleh tak ????????

Tak boleh ... itu acu punya .. Cuba check harga dia ????

Sat adam check it out....




Hmmm .. Mahallah ayah .. tak apalah ... adam main kat rumah mak atuk ajelah..
Posted by Picasa