Isnin, 28 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Adam dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, seandainya sepanjang blog ini wujud, ada penulisan atau bahasa yang menyinggung perasaan mana-mana individu, maaf dipohon.

Tahun ini, raya di sambut serba sederhana di Kepong. Oleh kerana mak atuk dan acu hendak berangkat ke kampung di Johor, kelaurga Uda pula ke Kedah,
keluarga mak ngah pun terus ke Johor dari Putrajaya, maka tiada gambar family yang sempat dirakamkan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.
Yang ada cuma gambar Adam sahaja yang berbaju melayu dan bersampin hijau.

Malam raya kedua, pukul 12.30 malam, keluarga Adam bertolak balik ke kampung dan tiba di Taiping kira-kira pukul 5.30 pagi. Selepas menggantikan tidur yang kurang, lebih kurang pukul 11 pagi keluarga Adam bersama nenek ke Parit Sungai Burung, Tanjung Piandang Perak. Pertamanya untuk menghadiri khenduri tahlil 25 hari pemergian bapak saudara ibu Adam. Tidak lupa juga singgal di rumah lama peninggalan arwah Atuk Adam yang kin di huni oleh sepupu Adam. Selain dari pada itu Adam juga beraya di rumah bapak saudara Adam di Parit Buntar yang kini merupakan salah seorang Stokis product HPA.

Hari kedua dikampung adalah dengan beraya di rumah-rumah tok dan nenek saudara Adam di Parit 2, 3 dan juga 4. Malamnya pula rumah tok ngah di sebelah rumah nenek membakar ikan buat jamuan makan malam.

Hari ketiga Adam cuma singgah ke rumah tok ngah di Kemunting Taiping, sebelum berangkat balik ke rumah di Kuala Lumpur.

Mungkin ada orang yang tertanya-tanya, kejabnya balik kampung. Yang penting adalah ibu Adam dapat berjumpa dan melepaskan rindu kepada nenek Adam. Lebih dari pada itu, banyak perkara yang tidak mampu ditulis dan "Biarlah Rahsia".

Sekarang Adam bersedia untuk menghadiri Open House. Kalau ada pembaca yang ingin menjemput, sila hubungi ayah Adam. Insya-Allah jika di Lembah Kelang dan tiada aral melintang, sampailah kami.
 

Selasa, 15 September 2009

Main bedak lagi ...

Anak bertuah, main bedak lagi .... :) sayang, ayah bukan marah tapi adam sedang melakukan pembaziran bedak. Ada orang tak mampu nak beli bedak. Jangan membazir. Pakai sedikit saja ...

Isnin, 14 September 2009

Alhamdulillah, dah berzakat fitrah.

Alhamdulillah, ayah dah selesaikan tanggungjawab ayah untuk berzakat fitrah. Amilnya ialah amil yang dilantik oleh pusat zakat selangor iaitu (uan Haji Gahni.

Sepatutnya, ayah adam perlu menyediakan beras untuk zakat namun dimudahkan digantikan 2.7kg beras dengan RM7.

Semoga diberkati .

Khamis, 10 September 2009

Pening kepala ayah ...

Adam dengan buku dan berpakaian upin... Nak ke taska jumpa cikgu.


Adam tidur awal semalam. Lepas isyak. Bangun pun terlalu awal. 12 lebih tengah malam. Aduh .... Mula mula nak susu. Lepas tu nak Ipod. Nak tengok ABC, dah lama sikit, nak milo, lepas minum milo nak buku cerita. Nak ayah bacakan buku cerita. Sampai pukul 2 lebih baru nak milo, nak tidur dengan ibu.

Isk isk ... Sempatlah habis 2 cerita. Cerita Serigala dengan Bayang2 dan cerita kudin dengan biri biri dan serigala ....

Baru ayah nak lelap, ibu adam dah kejutkan bersahur. Kepala rasa macam nak pecah. Kakilak rasa keras macam nak cramp.

Lepas sahur, ingat nak lelap, udah adam dah terjaga. Nak susu. Apa lagi bangkitlah ayah buatkan susu adam lantas berbaringlah adam dan ayah..

Ayah terjaga dekat pukul 9 lebih bila adam kejutkan. " Ayah, adam kencing."

Aduh, betul betul kencing. Isk dah pakai dypers, mungkin kedudukan anu tak betul maka bocor. Sementara, ayah basuh cadar, ayah mandikan, pakaikan adam pakaian dan berikan sebotol susu.

Sebelum itu, masa ayah nak bagi ubat alergy, baru ayah terperasan. Oleh kerana tutup botolnya sama maka semalam ayah tersilap bagi ubat. Terbagi ubat deman. Tapi hari ini dah betul. Ubat alergy. Patut punggung adam semakin beruam.

Ok ayah dah selesai berjumpa doktor. Diberikan ubat sakit kepala dan cramp kaki. Balik nie nak jemur cadar dan cuci tempat adam kencing di atas tilam. Adam dah bukan baby lagi. Kencingnya adalah najis dan perlu dicuci dengan air.

Lepas ayah nak berehat dengan aman.

Isnin, 7 September 2009

Totally transformed

Sejarah.
1. Adam selalu menggunakan phone ayah dan ibu untuk melihat video Alif, Ba, Ta, aksi-aksi budak comel dan persembahannya di TASKA dan sebagainya.

2. Adam dah tahu membaca A - Z, Satu - Sepuluh, One - Ten dan Alif - Ya.

3. Sekian lama Adam tidur di atas toto dalam bilik sendiri, menggunakan almari yang ayah dah beli sebelum sebelum ayah kahwin lagi.


Sebab pertukaran.
1. Adam sedang memegang phone ibu, bila nyamuk menggigit Adam. Terkejut dan terasa sakit, Adam terlepas phone tersebut dengan agak kuat, menyebabkan LCDnya rosak. Nasib baik masih dalam warrenty, jadi membaikinya percuma sahaja.

2. Adam sering mendengar abang dan kakak di Tadika di sebelah taskanya belajar dan menghafal. Setiap hari ibu dan ayah mendengar lagu Adam: A Besar, a kecik, B Besar, b kecik.O besar, o kecik. Hampir setiap hari itu lah yang terdengar dari mulut Adam, tanpa susunan huruf yang lengkap dan teratur lagi.

3. Dulu rumah makngah disebelah, ayah Adam yang uruskan dan sewakan secara fully furnished kepada 6 org anak dara. 2 tahun pertama tiada sebarang masalah. Bila semua penyewa bertukar, macam-macam masalahnya. Kebetulan, Uda sedang mencari rumah sewa selepas Isya lahir. Maka semua orang bersetuju rumah tersebut diserahkan kepada Uda

Perubahan.
1. Ayah belikan Ipod Touch untuk Adam belajar dan main game.

Inilah rupanya Ipod berkenaan. Sekali pandang macam Iphone 3G, cuma tiada line. Boleh main lagu, video dan game. Dengan bantuan Ipod nih senang untuk Adam menyanyi sambil mengaji atau baca A, B, C dengan kaedah menyebut bunyinya dan bukan nama hurufnya.

2. Ayah belikan set buku Easy Reader, Bacalah Anakku dan juga Al Furqan, kaedah pembelajaran baru menggunakan fenotik, iaitu sebutan bunyi.

3 set buku yang menekankan kaedah fonetik untuk Bahasa Melayu, English dan juga Al-Quran

3. Sebahagian dari perabut dirumah sebelah dipindahkan bilik Adam. Maka dapatlah Adam katil, tilam dan almari baru.

Bergaya di atas katil sambil memegang Ipod Touch kesayangannya

Ada rak yang sempurna untuk 2 tabung rumah dan barangan keperluan harian

Almari besar untuk menyimpan semua baju2 Adam.

Satu lagi perubahan yang bakal berlaku adalah apabila Adam dapat masuk Taska di MARA. Harapnya dapatlah awal tahun depan.

Apa yang diberi adalah bersesuaian dengan kemampuan dan tahap kecerdasan Adam. Kecerdasan dan cepat menangkap dan belajar Adam tidak dapat dinafikan lagi. Contohnya semasa bercerita kepada uda dan acu, zaman ibu Adam dulu kita mengeja 'A - aa, yam= ayam, tetiba jer dengar Adam dah mula mengikut apa yang ibu cakapkan.

Jumaat, 4 September 2009

3 Hari

Dah tiga hari adam bersahur dengan ayah dan ibu. Seronok tengok adam ceria bersahur walau hanya mengutip hirisan carrot lalu mengunyahnya.. Namun cabarannya apabila ibu adam hendak ke pejabat. Tangisan adam akan kedengaran sampai ke bawah rasanya.

Semalam, adam asyik bermain dengan sambil mendengar lagu dari ipodnya namun pagi ini, bagai telah mengagak yang ibu akan tinggalkan adam. Ke hulu dan ke hilir mencari ibu.

Ayah mengajak adam yang sedang menangis ke biliknya untuk membantu ayah menyediakan dypers dan baju yang perlu dibawa ke taska.

"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh dan lapan pampers adam"

Satu lagi cabaran ialah apabila adam hendak membawa semua anak patung mainannya.

"Baby isya, baby wafi, uma uma, spongebob", pendek kata semuanya dia nak angkut ke taska.

Mujur ada sumi. Sneck kegemaran adam. Maka bolehlah ayah "trade in" :)

Oleh kerana kalut sedikit pagi ini, ayah adam lupa nak serahkan duit taska adam (RM250). Balik nantilah insya Allah.

Selasa, 1 September 2009

Bersahur

Pagi ini adam bangun awal. Pukul 5 lebih. Bersahur dengan ayah dan ibu. Adam minum susu dan makan biskut.

Saat adam sedang menikmati biskut dan cuba untuk menarik bahu ayah dan bahu ibu untuk dipeluk, adam telah menumpahkan susu. Ayah pandang adam. Adam pandang ibu. Satu baris ayat yang terkeluar dari mulut ibu di saat adam menunjukan tanda-tanda hendak menangis. "Jangan ditangisi susu yang tumpah." Lantas ayah pun mengambil kotak susu dan menuangkan sedikit air susu dalam cawan adam. Adam kembali ceria lantas memeluk ayah dan ibu.

Ayah adam teringat satu peristiwa di kedai makan, di mana seorang anak telah ditengking dan dimarahi oleh ibunya sendiri. Hanya kerana anak tersebut menumpahkan air minuman. Terfikir ayah adam, betapa Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang. Setiap kali kita buat salah dan silap, Allah swt sentiasa membuka pintu taubat untuk kita memohon keampunan dan kemaafan.

Kenapa kita jarang nak memaafkan anak anak kita yang buat silap dan salah? Sebaliknya kita hukum anak kita, kita malukan dia, kita marah dia.

"Jangan ditangisi susu yang tumpah".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 27 Ogos 2009

Aduh, 2 kali jatuh ....

2 kali jaduh di rumah mak atuk. Sabar ajelah. Mula mula jatuh kerusi lepas tu jatuh tangga. Bengkak juga kepalanya. Ibu dah tuam dengan ais. Bila ditanya pada adam, "nak main kat tangga tak"

Tentunya jawapan adam, "Tak nak ...."


Selamat Berpuasa

Ayah adam, ibu adam dan adam sendiri ingin mengucapkan selamat berpuasa.
Semoga puasa kali ini lebih baik dari puasa puasa yang lepas.

Agenda harian adam di bulan puasa.

7.00 am - Ayah hantar adam ke taska.
6.30 pm - Ayah ambil adam dari taska dan terus ke rumah Mak Atok
7.00 pm - Minum Susu dan makan biskut.
7.XX pm - Ayah, ibu, mak atok, acu dan uda buka puasa. Adam main dan tengok tv.
8.00 pm - Balik ke rumah. Ayah ke surau terawikh, ibu memasak juadah sahur dan adam tolong ibu.

Selamat berpuasa semua ...


Nyum nyum sedap ...
Posted by Picasa

Karya Adam

Seronok adam bila dihantar ke taska. Begitulah setiap hari.

Karya Adam Harith di taska.
Cantik tak? Cantik ... "
Posted by Picasa