Isnin, 28 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Adam dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, seandainya sepanjang blog ini wujud, ada penulisan atau bahasa yang menyinggung perasaan mana-mana individu, maaf dipohon.

Tahun ini, raya di sambut serba sederhana di Kepong. Oleh kerana mak atuk dan acu hendak berangkat ke kampung di Johor, kelaurga Uda pula ke Kedah,
keluarga mak ngah pun terus ke Johor dari Putrajaya, maka tiada gambar family yang sempat dirakamkan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.
Yang ada cuma gambar Adam sahaja yang berbaju melayu dan bersampin hijau.

Malam raya kedua, pukul 12.30 malam, keluarga Adam bertolak balik ke kampung dan tiba di Taiping kira-kira pukul 5.30 pagi. Selepas menggantikan tidur yang kurang, lebih kurang pukul 11 pagi keluarga Adam bersama nenek ke Parit Sungai Burung, Tanjung Piandang Perak. Pertamanya untuk menghadiri khenduri tahlil 25 hari pemergian bapak saudara ibu Adam. Tidak lupa juga singgal di rumah lama peninggalan arwah Atuk Adam yang kin di huni oleh sepupu Adam. Selain dari pada itu Adam juga beraya di rumah bapak saudara Adam di Parit Buntar yang kini merupakan salah seorang Stokis product HPA.

Hari kedua dikampung adalah dengan beraya di rumah-rumah tok dan nenek saudara Adam di Parit 2, 3 dan juga 4. Malamnya pula rumah tok ngah di sebelah rumah nenek membakar ikan buat jamuan makan malam.

Hari ketiga Adam cuma singgah ke rumah tok ngah di Kemunting Taiping, sebelum berangkat balik ke rumah di Kuala Lumpur.

Mungkin ada orang yang tertanya-tanya, kejabnya balik kampung. Yang penting adalah ibu Adam dapat berjumpa dan melepaskan rindu kepada nenek Adam. Lebih dari pada itu, banyak perkara yang tidak mampu ditulis dan "Biarlah Rahsia".

Sekarang Adam bersedia untuk menghadiri Open House. Kalau ada pembaca yang ingin menjemput, sila hubungi ayah Adam. Insya-Allah jika di Lembah Kelang dan tiada aral melintang, sampailah kami.