Pagi ini adam bangun lewat. Jam 7 pagi baru ayah kejutkan adam. Ibu dah pun pergi ke tempat kerja. Seperti biasa, adam dengan melemparkan senyumannya untuk ayah adam. Mungkin sekiranya adam boleh berbicara, "Angkatlah, dan peluklah adam, ayah.". Ayah pun mengangkat dan hendak mendokong adam. Nasib baik ayah tak terus letakkan adam dibahu, baju dan seluar dia basah.
Ayah pun meletakkan adam semula dan mula memberikan 4 jenis ubat cecair. Setelah selesai, ayah tinggalkan adam dan menuju ke dapur. Nasib baik air panas masih ada. Dari dapur ayah ke bilik air, isi air dalam besen kecil dan ketika itu adam telah pun menangis dengan kuat. Ayah mandikan dan siapkan adam dengan pakaian.
Pukul 7.30 baru selesai hantar adam dan ayah bergerak ke tempat kerja. Sampai pejabat, kantin lak tak buka. Ingatkan nak beli air kopi.