dengan sarapan pagi di pasar taman ehsan, kemudian kami menyertai mesyuarat
Persatuan penduduk di tempat kediaman kami. Seperti biasa di mana ada ayah
dan ibu adam, pastinya adam akan menyertainya.
Tahun ini terdapat pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru. Secara peribadi,
ayah lebih suka sekiranya ajk yang sedia ada diberikan mandat untuk terus
memegang jawatan namun kita kena akur dengan perlembagaan persatuan yang
memerlukan pemilihan dilakukan.
Apa pun nama ayah naik sebagai pemeriksa kira kira dengan memperolehi 30
undi. Berat bagi ayah nak memikul amanah yang diberikan namun dah kehendak
ahli maka Insya Allah ayah adam akan melaksanakan sebaik mungkin.
Tgh hari ini, kami menjamu selera di kedai oden, Tmn Ehsan, Nasi brayani Gam.
Bagi ayah, secara peribadi, memang tak lawan brayani gam batu pahatlah apa
pun terubat juga rindu nak makan nasi brayani gam. Dah lama rasanya tak
balik Johor.
Sebelah petang, kami tidur sahaja setelah selesai solat zuhur. Asar baru
terjaga. Letih sangat kot. Dan tak lupa menu minum petang. Jemput jemput ..