Khamis, 20 Mac 2008

Cerita kawan ayah

Semalam sebelum pulang ke rumah, ayah bersembang dengan kawan ayah. Anak dia dah pandai berdiri. Yalah anak dia lebih tua dari adam. Komen kawan ayah, anak dia lasak, suka memanjat dan lepas tangan. Sering terjatuh dan terantuk sehingga benjol. Ayah hanya mampu tersenyum. Kawan ayah pun sama macam ayah dan ibu. Lama berkahwin namun tidak mempunyai anak. Bila dia bercerai dan berkahwin lagi, Alhamdulillah, Allah swt memberikan zuriat. Dari raut wajahnya jelas tergambar kepuasan mempunyai anak. Tentunya penat dan letih menjaga anak yang lasak, namun semuanya hilang, lenyap bila melihat wajah anak yang sedang lena tidur. Yang pasti, itu yang ayah rasa.