Sabtu, 28 Mac 2009

Makan Malam Sempena Kejayaan Acu

Acu lulus temuduga PTD. Satu majlis makan malam telah diadakan di titiwangsa.


Adam di Majlis Perkahwinan anak sahabat baik Mak Atok

Seronok betul adam. :) Dah lama ayah adam tak jumpa sahabat ayah adam sofian. Hehe Badan kita sama ya ..

Selasa, 24 Mac 2009

Ke Putrajaya lagi

Hari Ahad Adam ke Putrajaya lagi. Cadangannya di waktu pagi mandi kolam, dan waktu petang nak cuba baik belon panas, semperna International Hot Baloon yang berlangsung dari 19/3-23/3.

Selepas mandi di kolam barulah mendapat maklumat bahawa waktu untuk menaiki belon tersebut adalah antara pukul 5-7 petang sahaja. Memikirkan takut jem dan esok kerja, maka hasrat tersebut dibatalkan, makan Adam pun dibawa pulang ke Kepong tengahhari itu.


Adam sembelit

Dah lama Adam selalu susah membuang air besar, cuma tak pernah di kira berapa hari. Selalunya setiap kali nak melepaskan hajat, dalam kesakitan dan tangisan dan biasanya najis Adam bercampur dengan sedikit darah.

Bila ibu terjumpa dengan artikal ini , menyebabkan ibu semakin takut. Kali terakhir ingat Adam berak semasa sambutan Mualidur Rasul di Apartment, iaitu pada petang hari sabtu. Hingga ke hari rabu Adam belum berak lagi, menyebabkan ibu dan ayah membawanya Adam ke Klinik.
Di klinik Adam di beri ubat untuk dititiskan 5 titik kedalam susu. Balik dari klinik, ayah memborang pula pisang dan betik untuk Adam.

Cuma pagi sabtu barulah Adam mampu membuang dengan sempurna tanpa sebarang kesakitan lagi.

Ubat Adam.


Makan di Al diafah


Hari isnin, cuti semperna Maulidur Rasul. Ayah kurang sehat dan dah penat sebab dah 2 hari penuh dengan aktiviti.
Ibu pula mengemas rumah. Hingga tidak sempat untuk masak makan tengahari.
Malam itu, ayah membawa semua menjamu selera makan arab di Restaurent Al-Diafah di Sri Petaling, Selongor.

Tempat makan yang selera dengan rasa yang lazat. Adam pun cukup selera bermain, berlari dan berkawan dengan anak arab yang sama-sama menjamu selera di meja sebelah.


Photo Album

Isnin, 9 Mac 2009

Di kolam renang

Begitu seronok adam di kolam renang pertama kali didedahkan keadaan di kolam renang. Menggigil kesejukan namun masih tetap nak main di kolam. Adam ditemani oleh sepupu sepupunya. 


Dah 20 Bulan

Dah 20 bulan usia adam dan semalam, adam bertemu dengan doktor pakarnya. Alhamdulillah sama seperti kunjungan 2 bulan lepas, kesihatan adam semakin baik. Lepas ni tiada lagi temujanji. Berjumpa doktor hanya kalau ada masalah kesihatan.

Ketika melihat keadaan di sana dengan ramai bayi bayi kecil, benar benar menginsafkan. Dalam hati penuh rasa syukur dengan keadaan adam sekarang ini.

Jumaat, 6 Mac 2009

Flash Kad dan Buku Kecil Kelab Disney Mickey Mouse

Beberapa hari lepas, adam pulang dengan kad donkey ditangan. Kata ibu adam, adam menangis dan cikgu memujuk kawan adam agar menyerahkan kad kecil pada adam.

Dan semalam ayah adam belikan 2 flash card satu kad buah dan sayur sayuran dan satu lagi flash card haiwan. Sebagai bonus, ayah adam belikan 1 set buku kecil yang mengandungi 12 buku buku kecil Mickey Mouse Disney Club House. 









Selasa, 3 Mac 2009

Adam Harith and his Wall of Fame

Wall of Fame.


Rajinnya dier mengemas


Gambar ini diambil semasa ayah dan ibu Adam sedang berehat sambil menonton TV.  Diharapkan tiada pembaca yang menuduh ayah dan ibu mendera Adam, seperti mana yang dilemparkan bila melihat video Adam menyidai dan melipat bajunya sendiri dahulu.
Sesungguhnya kami tidak pernah menyuruh dan tidak juga melarang. Adam dah biasa nampak ibu menggunakan peralatan ini untuk membersihkan tumpahan makanannya. Sekarang nih dah jadi minat Adam pula untuk menyapu dan membersihkan bilik.
Kalau dilarang pastinya Adam akan merajuk dengan bunyi tangisan yang tak sangup didengari . Mau tak mahu biarkan jelah Adam buat sendiri apa yang dia suka, samaada menyidai dan melipat baju, ataupun menyapu sampah. Sebagai persedian hidup sendiri di universiti  Al-Azhar, Mesir bila dewasa kelak nanti :)

Memang lah anak bijak . Bertuah betul ibu dan ayah mendapat anak macam Adam.