Selasa, 25 November 2008

Tak sabar nak balik

Semalam ayah yang ambil adam dari taska. Adam dan rakan rakan sedang menanti kehadiran ibu / ayah mereka. Yang menariknya adam telah pun menyediakan begnya dan diletakan di ruang tamu.

Ketika ayah sampai saja, adam segera bangkit dan menarik beg ke pintu. Kemudian setelah sampai ke pintu, cikgu adam menyerahkan kasut kepada adam dan adam cuba memakainya sendiri. Setelah puas berusaha, akhirnya cikgu adam membantu adam memakai kasutnya.

Cikgu kata adam suka nak buat semua benda sendiri.

Isnin, 24 November 2008

Persembahan Pertama Adam

23 November 2008, merupakan hari dalam sejarah bagi adam harith apabila telah diberikan kepercayaan untuk menyertai kumpulan anak anak yang belajar di Taska Ria Desa Satu membuat persembahan di Dewan Sekolah Rendah Desa Aman puri sempena Hari Anugerah dan Persembahan Taska dan Tadika Ria Desa Satu.

Kami cuma dimaklumkan yang adam akan membuat persembahan pada malam sabtu melalui satu pekeliling di dalam beg adam. Tertanya tanya kami dibuatnya sepanjang Hari Sabtu dan di pagi ahad. Rupanya adam menyertai persembahan walking and hoping. Seronok betul adam di atas pentas.

Ayah adam dalam proses untuk mengecilkan video yang dirakam Insya Allah akan ayah adam uploadkan dalam masa terdekat. 

Melepak di rumah mak ngah

Hari sabtu ibu Adam ada seminar di Kajang Selangor bersama dengan Auntie Wan. Sebenarnya, kami dah sesat, Dari pukul 10 pagi dan kami sampai hampir pukul 12. Inilah padahnya bila ada peta tapi tak buat simulasi dahulu. Jalan mana dan ke mana. Apa pun Alhamdulillah, ayah Adam walaupun temper sikit buat still under control.

Ayah adam sendiri tertanya tanya kenapa ayah Adam cepat nak marah aje lately. Apa pun, adam melepak di rumah mak ngah. Terima kasih mak ngah suap Adam makan dan kak tikah, kak yaya, abg alzam dan abg yan kerana melayan Adam.

Evolusi -

Ayah, Notebook nie baru best ayah. Ada gambar ada suara. Color lak tu. Yang lama tu cuma ada suara aje. Tak best. Terima kasih ayah.

Jangan salah guna ya sayang. Notebook tu untuk adam tengok clip video belajar Alif Ba Ta tau..

Rajin adam rajin

Gambar ini dari telefon bimbit ibu. Khusyuk betul dia menulis.

Rabu, 19 November 2008

Keperibadian Adam

Ayah adam menerima satu MMS dari ibu adam semalam. Adam duduk bertafakur di atas sajadah, begitu khusyuk. Semalaman ayah adam termenung dan bermain difikiran. Begini rupanya sekiranya tarbiyah diberikan semenjak dalam kandungan. Sewaktu adam dalam kandungan, adam berada dalam suasana yang islamik. Bacaan Al Quran, zikir zikir sering berkumandang malah amalan amalan sunat lain turut diamalkan.

Tugas ayah dan ibu adam semakin berat sebenarnya. Memastikan jati diri Adam dan juga tarbiyah yang berteruskan agar Adam menjadi insan yang soleh. Yang tetap mendirikan solat, yang mendoakan ayah dan ibunya, menjadi Hamba Allah yang beriman, berilmu dan beramal soleh serta bertakwa.

Waktu maghrib, petang Ahad, ayah masih lagi mengadap notebook waktu ibu hendak mengambil wuduk. Adam juga sibuk nak masuk bilik air. Ibu pujuk Adam, "Adam tak payahlah masuk sini, basah, licin, nanti Adam jatuh. Ibu ambil wuduk dulu yer, nanti kita solat sama-sama". Lepas tuh Adam hilang entah ke mana. Ketika ibu membasuh kaki, nampak Adam mengheret sejadah yang biasa Adam duduk untuk solat.

Ya Allah, terharunya. Adam benar-benar faham apa yang ibu cakapkan, dan dah tahu waktu maghrib, ibu dan ayah akan bersolat, diatas sejadah ini. Lalu ayah pun segera ambil wuduk dan sama-sama solat berjemaah. Adam memang dah selalu ikut bersolat walau cuma duduk dan sujud sahaja.

Semoga Adam tergolong di kalangan anak solah yang sentiasa mendirikan solat dan mentaati kedua ibu dan bapa.

Ahad, 16 November 2008

Kecilnya

Terima kasih abang.

Kerdilnya aku...

Adam menjamu selera dengan atuk su dan ustaz .. Ayah adam dah baca doa dengan abang tadi.

Adam bersama dengan keluarga "uncle jo"

Hari ini adam ke rumah atuk su. Atuk su buat kenduri tahlil namun adam dan keluarga termasuk mak atuk terlewat sebab tak tahu jalan. Atuk su tinggal di Denai Alam. Ayah adam ada telefon nokia e71 yang mempunyai gps dan map elektronik namun tak berguna kerana tidak dapat berhubung dengan satelit. Jadi kami sesat jalan. Bila teknologi tidak dapat membantu maka kembali kepada cara lama. Bertanya orang. Namun jawapan juga mengecewakan. Tak tahu. Semangat pengembara, ayah adam terus saja meredah berdasarkan kepada nama jalan sebagai pertunjuk. Akhirnya kami sampai ketika tetamu telah selesai menjamu selera.

Ramai tetamu yang hadir, antaranya CEO HeiTech Padu Berhad, Dato’ Mohd. Hilmey bin Mohd. Taib pun ada sama. Ayah adam tak sempat nak bergambar dengan beliau. Selain itu, sahabat atuk su dari tabung haji pun hadir. Bersama sama tetamu terhormat ialah kanak kanak tahfiz dari Subang Permai.

Selepas tetamu pulang, seperti biasa kami berkumpul sebagai satu keluarga. Agak menarik sebenarnya kerana kesibukan, masa sedemikian memang amat dihargai. Kami rasa cukup rapat. Seperti sebuah keluarga.

Satu lagi aktiviti dirancang iaitu sempena Raya Korban. 11/12/2008 sebelah malam. Ayah adam dah catatkan dalam diari. Insya Allah kami akan ke sana.

Sabtu, 15 November 2008

Anak Zaman IT

Video Conference dengan ibu ...  

Hari ini ayah dan ibu adam mempunyai agenda yang tersendiri. 4 hari ibu adam ke kuantan atas urusan kerja dan ayah adam terpaksa mennjaga adam. Meletihkan dan memenatkan. Terima kasih kepada ibu adam yang memahami keadaan yang ayah adam alami. Ibu adam telah merancang aktiviti kerehatan khas untuk kami.

Ibu adam telah menempah mandi wap herba dan berurut untuk kesegaran diri. Alhamdulilah segar sikit badan rasanya.

Semenjak ibu adam outstation, banyak perkembangan adam yang berlaku. Adam dah mula berjalan. Selain dari dah mula menghabiskan masa di depan tv dengan rancangan untuk kanak kanak.

Mohamad Siss M Jamil

Sent from my Nokia E71 phone via Celcom

Jumaat, 14 November 2008

Activiti adam sewaktu ketiadaan ibu

Heheh  ...  

Cerita best ...

Hmm  

Satu dua tiga ketuk  ..  ikan  ...  

Ayah, adam rindukan ibu... Nasib baik ada bau ibu. Adam buat selimutlah ya ayah..  

Dah beberapa malam ibu outstation. Insya Allah, hari ini ibu adam akan pulang dari kuantan. Di saat ayah adam menulis blog ini, ayah adam telah pun menerima sms menyatakan bahawa ibu adam telah pun sampai di KLIA.

Esok perancangan untuk berehat. :)

Rabu, 12 November 2008

Frustrated

Rasanya email yang ayah adam hantar ke blog adam panjang tapi nampaknya tak keluar langsung. Yang keluar hanya gambar sahaja. Tak tahu di mana silapnya namun memang mengecewakan.

Semalam semuanya bermula dengan baik. Pulang dari kerja, ayah adam ambil adam dari taska setelah ayah adam memasak nasi dan mencuci pinggan mangkuk. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli telur dan roti cream khas untuk adam.

Sampai di rumah, mak cik Siti dah menunggu di depan pintu. Mak cik Siti bersetuju dengan permintaan untuk membantu ayah adam menjaga adam sementara ayah adam mengurus diri, memasak nasi goreng dan berehat seketika. Mak cik Siti juga membantu menyuapkan roti serta melayan adam bermain. Banyak juga adam makan roti, hampir setengah dan ketika kami menjamu nasi goreng yang ayah adam masak, adam pun makan sekali bersama kami di ruang tamu dengan pintu terbuka. Sesekali kelihatan anak jiran sebelah lalu lalang.

Lebih kurang pukul 8:45, selepas makan malam, kelihatan adam keletihan dan mula menunjukkan tanda tanda mengantuk. Sementara ayah adam menidurkan adam, mak cik Siti minta diri untuk pulang. Ketika itu ayah adam rasa semuanya under control. Adam dah tidur, jadi ayah adam pun berehat seketika.

Pukul 11 lebih ayah adam dikejutkan dengan tangisan adam. Hmm adam dah terjaga. Ayah adam cuba memujuk namun adam masih lagi menangis. Ayah adam sapu minyak telon pada perut adam, dan nampaknya adam berhenti menangis. Ayah adam cuba untuk menidurkan adam kembali namun gagal. Ayah adam buat sidang video dengan ibu adam di kuantan. Mungkin adam rindukan suara dan wajah ibu adam namun selesai sidang video, adam semakin bertenaga.

Adam tidur lebih kurang menghampiri pukul 2 pagi. Itu pun setelah melalak dan menangis serta beberapa botol susu diteguknya.

Ayah adam terjaga lebih kurang pukul 6 pagi. Sebelum tu ayah adam telah dikejutkan oleh adam namun setelah membancuh susu dan menyumbat botol ke mulut adam, ayah tidur balik. Begitu juga dengan adam. Terkejut dengan masa, ayah adam takut tak sempat menyediakan nasi dan sup sayur untuk adam. Alhamdulillah, pukul 7:30, adam selamat sampai ke taska dengan berbekal nasi dan sup sayur yang ayah adam masak.

Ayah adam sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8 lebih.

Mohamad Siss M Jamil

Sent from my Nokia E71 phone via Celcom