Video Conference dengan ibu ...
Hari ini ayah dan ibu adam mempunyai agenda yang tersendiri. 4 hari ibu adam ke kuantan atas urusan kerja dan ayah adam terpaksa mennjaga adam. Meletihkan dan memenatkan. Terima kasih kepada ibu adam yang memahami keadaan yang ayah adam alami. Ibu adam telah merancang aktiviti kerehatan khas untuk kami.Ibu adam telah menempah mandi wap herba dan berurut untuk kesegaran diri. Alhamdulilah segar sikit badan rasanya.
Semenjak ibu adam outstation, banyak perkembangan adam yang berlaku. Adam dah mula berjalan. Selain dari dah mula menghabiskan masa di depan tv dengan rancangan untuk kanak kanak.
Mohamad Siss M Jamil
Sent from my Nokia E71 phone via Celcom