
.jpg)

Mudah-mudahan kekal menjadi anak solah yang beriman, berilmu dan beramal soleh. Amin..
Dunia Kecil Si Adam
Bagi susu tak nak, dukung dan peluk pun tak nak. 2 kali bawa masuk bilik, letak atas katil bagi susu. Tak nak. Dan adam berlari, terus meniarap di ruang tamu. Keadaan terlalu kalut dengan azan maghrib, tangisan adam, bacaan quran di Hp dan call dari ayah beberapa kali.
Bila ibu nak solat maghrib, tangisan Adam makin kuat menangis. Buntu, apa yang teringat diminda hanyalah ayat kursi. 3 kali ibu bacakan ayat qursi, ketika orang di surau sedang solat maghrib. Tak tahu siapa yang dengar, tapi bacaan ibu memang sekuat hati. Semakin kuat ibu membaca, semakin kuat adam menangis dan menjerit. Akhirnya ibu meninggalkan Adam menangis di atas sejadah, dan ibu solat di ruang tamu. Selesai solat, tangisan Adam dah berhenti. Rupanya Adam dan tertidur keletihan di atas sejadah. Adam dibiarkan tidur sementara ibu mandi dan menanti ayah sampai.
Bila ayah sampai, barulah Adam nak minum susu. Sementara itu, ayah buat apa2 yang patut, untuk mengelakkan perkara ini berulang. Lepas minum, Adam begitu ceria untuk bermain dengan ayah dan ibu. Malangnya ibu terlalu mengantuk dan ayah pula sakit kepala.
Untuk malam ke 3, semua orang tidur di ruang tamu. Tutup semua pintu2 yang lain, berikan buku mickey mouse, dan biarkan sahaja Adam bermain sendirian. Entah pukul berapa Adam tidur, tiada yang tahu.
Hari khamis, kami cuba sedaya upaya menggunakan ubat yang ada untuk merawat adam. Namun pada hari jumaat, kami bawa adam berjumpa dengan GP Poliklinik Kotaraya yang terletak di Taman Amaniah setelah tiada perkembangan positif. Kenapa ke sana? Bukankah jauh dari rumah? Jawapanya, keserasian. Rasanya perkataan tersebut menjawap segala persoalan.
Hari sabtu, lagi mencabar. Kelihatan adam bukan lagi adam yang kami kenali. Asyik nak marah saja dan telah pandai menjeling dan membaling barang. Selain itu adam tidak mahu minum susu dan makan apa apa jua makanan. Petang tu juga kami mengambil keputusan untuk merujuk ke Hospital Pakar Damansara.
Dalam perjalanan, baru ayah adam tersedar. Mungkinkah adam "keteguran"? Pagi Rabu, ayah adam dan adam ada singgah kedai di sebelah surau Taman Ehsan dan ketika itu kedengaran bacaan yasin. Tanpa melengah masa, ayah adam terus menghubungi atuk wak seh di Taman Ehsan minta kepastian. Wak minta kami ke rumahnya dengan kadar segera.
Di rumah wak, adam diberikan minum air doa dan disapu muka serta badan dengan air doa. Alhamdulillah, selang beberapa minit, adam meminta susu. Rasa syukur sangat dengan Allah swt. Namun kami tetap ke Hospital Pakar Damansara untuk mendapatkan rawatan batuk dan selsema
Petang ahad, sekali lagi adam batuk dengan teruknya. Walaupun deman dah reda namun batuk memang teruk. Tapi pengalaman mengajar kami agar bersabar, jangan tergesa gesa untuk memasukan adam ke dalam wad. Sementara adam didukung dan terlelap dibahu ayah, ibu adam menyediakan barang keperluan seandainya adam perlu masuk wad.
Ubat inhaler adalah harapan kami yang terakhir. Sekiranya tiada berkesan, memang adam perlu masuk wad untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.
Alhamdulillah sehingga ke pagi ini, sesekali sahaja adam batuk. Tidurnya pun lena. Kami beri tempoh 24 jam lagi.
Pagi ini, adam akan dihantar ke taska. Dah rindu sangat dengan cikgu, sampai tersasul nak panggil ayah atau ibu tapi sebut perkataan cikgu. Ayah akan bekalkan dengan Ventolin dan sekiranya batuknya teruk sangat, malam nie adam akan dimasukan ke dalam wadlah.
Pasrah pada yang Maha Esa namun tetap bersyukur kerana semua persediaan telah ada. Semoga Allah menyembuhkan adam dan keluarga.
Malam tadi, ayah balik lewat sikit. Lepas azan maghrib baru sampai rumah. Selesai solat maghrib ayah ajak adam baca Alif Ba Ta. Macam ayah dulu masa kecil kecil menangis bila dah bosan. Dari kad yang bertampal di dinding, ayah bagi buku iqra. A dan Ba. Bila ayah sebut A A Ba , yang kedengaran Ba Ba Ba.
Nampaknya dah mula boleh mengajar mengenal huruf arab.