Jumaat, 14 November 2008

Activiti adam sewaktu ketiadaan ibu

Heheh  ...  

Cerita best ...

Hmm  

Satu dua tiga ketuk  ..  ikan  ...  

Ayah, adam rindukan ibu... Nasib baik ada bau ibu. Adam buat selimutlah ya ayah..  

Dah beberapa malam ibu outstation. Insya Allah, hari ini ibu adam akan pulang dari kuantan. Di saat ayah adam menulis blog ini, ayah adam telah pun menerima sms menyatakan bahawa ibu adam telah pun sampai di KLIA.

Esok perancangan untuk berehat. :)

Rabu, 12 November 2008

Frustrated

Rasanya email yang ayah adam hantar ke blog adam panjang tapi nampaknya tak keluar langsung. Yang keluar hanya gambar sahaja. Tak tahu di mana silapnya namun memang mengecewakan.

Semalam semuanya bermula dengan baik. Pulang dari kerja, ayah adam ambil adam dari taska setelah ayah adam memasak nasi dan mencuci pinggan mangkuk. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli telur dan roti cream khas untuk adam.

Sampai di rumah, mak cik Siti dah menunggu di depan pintu. Mak cik Siti bersetuju dengan permintaan untuk membantu ayah adam menjaga adam sementara ayah adam mengurus diri, memasak nasi goreng dan berehat seketika. Mak cik Siti juga membantu menyuapkan roti serta melayan adam bermain. Banyak juga adam makan roti, hampir setengah dan ketika kami menjamu nasi goreng yang ayah adam masak, adam pun makan sekali bersama kami di ruang tamu dengan pintu terbuka. Sesekali kelihatan anak jiran sebelah lalu lalang.

Lebih kurang pukul 8:45, selepas makan malam, kelihatan adam keletihan dan mula menunjukkan tanda tanda mengantuk. Sementara ayah adam menidurkan adam, mak cik Siti minta diri untuk pulang. Ketika itu ayah adam rasa semuanya under control. Adam dah tidur, jadi ayah adam pun berehat seketika.

Pukul 11 lebih ayah adam dikejutkan dengan tangisan adam. Hmm adam dah terjaga. Ayah adam cuba memujuk namun adam masih lagi menangis. Ayah adam sapu minyak telon pada perut adam, dan nampaknya adam berhenti menangis. Ayah adam cuba untuk menidurkan adam kembali namun gagal. Ayah adam buat sidang video dengan ibu adam di kuantan. Mungkin adam rindukan suara dan wajah ibu adam namun selesai sidang video, adam semakin bertenaga.

Adam tidur lebih kurang menghampiri pukul 2 pagi. Itu pun setelah melalak dan menangis serta beberapa botol susu diteguknya.

Ayah adam terjaga lebih kurang pukul 6 pagi. Sebelum tu ayah adam telah dikejutkan oleh adam namun setelah membancuh susu dan menyumbat botol ke mulut adam, ayah tidur balik. Begitu juga dengan adam. Terkejut dengan masa, ayah adam takut tak sempat menyediakan nasi dan sup sayur untuk adam. Alhamdulillah, pukul 7:30, adam selamat sampai ke taska dengan berbekal nasi dan sup sayur yang ayah adam masak.

Ayah adam sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8 lebih.

Mohamad Siss M Jamil

Sent from my Nokia E71 phone via Celcom

Haru biru

Ahad, 9 November 2008

Gambar Family Dinner



Tak tahu kenapa gambar tak beberapa jadi .. Lokasi di Yenkies Hut Kajang

Alhamdulillah ....

Bersarapan pagi dikedai mamak .. Hmm sedapnya air milo nie..  

Dah minum, kena lap mulut 

Shopping time. Ayah, ibu, nak air  kotak .. Nak yang besar sekali  ..

Hmm yang mana satu ya.. Yang itu ke atau yang itu.. 

Ayah, adam kena ada satulah ni .. Naik troli masa shopping bahaya  ..  

Ayah adam nak satu boleh tak  ...  boleh lah ayah ya  .. ibu  ...  pujuk ayah boleh tak ..  

Hmm yang kecil nie pun ok juga  ..  Siap ada telefon lah ayah  .. tapi apa pasal tak dengar suara. 

Masa untuk minum, minum, minum  ... nyum nyum .. 

Hmm  ....  sedapnya  .. hilang haus  .,.  

Hmm  . macam mana  nak turun nie  ...  

Menanti nak jumpa doktor  

Awek  .....  jeng jeng  

Ayah tolong  adam  ... ada ramai awek kejar adam  .... 

Pehhhh  .. nasib baik  ...

Ala  ...  kena kepong dengan awek ... ibu tolong  ... 

Uwaaaaaaaaaaaa  ...  Ibu tak nak tolong ke  .. Tolonglah ibu  

"Bunyi degupan jantung cukup bagus, paru paru cukup sihat, saluran

pernafasan dan pemakanan dia bercantum dengan baik." - Dato Dr Azizi
Haji Omar

Alhamdulillah, itu kenyataan doktor pakar yang memerhati perkembangan
adam harith. Namun untuk mendapatkan kenyataan tersebut memang agak
mencabar.

Jumaat, 7 November 2008

Minggu yang penuh cabaran.


Minggu ini langsung tak sempat nak menulis ke blog adam. Bukan sengaja tetapi disebabkan oleh satu cabaran baru yang diberikan kepada ayah dan ibu adam. Adam tidur lewat. Itu cabarannya. Kalau adam keletihan, biasanya pukul 8 atau 9 dia tertidur dan kemudian terjaga pukul 11 lebih. Tidur yang sekejap itu memberikan adam tenaga dan kesedaran yang tinggi.

Akibatnya, sama ada adam dipaksa tidur atau adam dibiarkan melakukan aktiviti aktiviti adam apa lagi bermainlah. Yang pasti memaksa tidak akan membuahkan hasil kerana adam sudah memiliki suara yang cukup kuat dan nyaring. Rasanya kalau adam menangis seluruh blok terganggu tidurnya.

Sama seperti dahulu kala, ayah adam akan tidur dulu, sementara ibu adam cuba tidurkan adam. Pukul 12 lebih, ayah adam akan mengambil alih untuk tidurkan adam. Ada beberapa cadangan yang telah diterima untuk menidurkan adam. Antaranya :

1. Jangan bagi adam tidur sebelum pukul 10 malam. Sibukkan adam dengan

pelbagai aktiviti, permainan dan bercerita

2. Kenyangkan perut adam dengan makanan yang berkhasiat namun kurang
kandungan gula. Ayah adam tengah nak mencari, makanan apa ya.

3. Bagi adam minum cokolat.

Apa pun, biasanya ayah adam tidak lupa untuk dendangkan adam dengan
zikir Taubat serta bacaan Al Quran.

Isnin, 3 November 2008

Mistri kehilangan Adam

Hari ahad 2/11/2008, di adakan majlis di The Saujana, KL. Majlis bermula pukul 2.30 petang. Sebelum majlis bermula, pengerusi majlis meminta semua anak-anak dikumpulkan disatu tempat, sebab ada aktiviti khas untuk mereka. Ibu menyerahkan Adam pada seorang kakak yang bernama Adila. Waktu itu kelihatan ramai kanak-kanak yg sedang main gelung rotan. Kemudian, ibu kembali semula ke dewan.

Lebih kurang sejam, ibu pergi semula ketempat tersebut untuk melihat apa yg sedang Adam lakukan, sambil membawa sebotol susu. Memeranjatkan, semua kanak-kanak tiada disitu, cuma tinggal Adila sahaja. Ibu dimaklumkan kanak-kanak semua dibawa ke taman permainan/kolam renang. Adila sanggup menghantarkan susu tersebut kepada Adam. Hinggalah majlis selesai, ibu dan ayah menikmati hi-tea Adam masih belum kelihatan. Ayah cukup risaukan Adam, sebab inilah kali pertama Adam tidak bersama ibu, ayah ataupun cikgu-cikgu TASKAnya. Kira-kira pukul 5 petang, barulah ibu nampak ada petugas yang mendukung Adam di pintu dewan. Ibu diberitahu Adam begitu ceria bermain bersama kawan-kawan barunya. Betul atau tidak, dan apa yang Adam lakukan selama 2 jam itu akan kekal misteri sampai bila-bila.


Adam hilang so terlepas bergambar dengan isteri menteri besar selangor.

Dengan orang kuat JIM - Pn Rosmawati dan Pn Dr Harlina

Nyum nyum ice cream 

Cak  ..

Pong pong 

Heheh  ... 

Cak pong pong 

Adam bertemu alif  ..  

Sabtu, 1 November 2008

Sepetang di Taman Metropolitan Kepong

Seharian ibu adam mengemas rumah sementara adam di taska dan ayah adam pula sibuk menjawap tender. Sebelah petang, ibu adam keletihan namun ibu adam tetap menjaga adam sementara ayah adam tidur. Biasalah lelaki heheh.

Pukul 4 lebih ayah adam terjaga. Ibu adam memang dah tak larat nak layan adam yang sedang menangis di ruang tamu. Ayah minta ibu adam bersihkan adam dan menyatakan yang ayah nak bawa adam ke taman permainan. Ibu adam kata, ayah dan adam sajalah yang pergi. Ibu nak berehat.

Maka ayah pun membawa adam ke Taman Metropolitan Kepong. Pintu utama sesak teruk dengan kenderaan jadi kami ke pintu 2, dekat dengan lampu isyarat ke Selayang dari MRR2. Lama juga kami di sana. Sedar tak sedar ayah dapat sms dari rakan sekolah ayah. Tengok jam dah pukul 6.45 pm. Bergegas kami pulang ke rumah. Harapan boleh sampai sebelum maghrib namun lepas mgahrib baru sampai dan adam pun keletihan lalu tertidur.

Sekarang nie, dah pukul 8 setengah dan adam dah pun terjaga. Nampaknya tidur lewat lagi malam ni.