Sabtu, 5 Januari 2008

Tengok kereta ibu

Singgah perodua tengok kereta ibu adam.

Hari yang dinanti.

Apa pun sebelum melakukan aktiviti, kita sarapan dulu. Nyenyak betul adam tidur setelah menghabiskan sebotol susu.

Jumaat, 4 Januari 2008

sejuk

Hari ini ayah balik lewat. Ada acara kick off 2008 di hotel summit usj anjuran HeiTECH Padu berhad. Hujan lebat pula. Jem lagi. Kena ambil adam dan ibu adam. Sampai rumah pukul 8 lebih. Nasib baik sempat solat maghrib.

pagi lagilah

Jam menunjukkan pukul 5 lebih. Adam dah terjaga dan merengek serta mengeluarkan bunyi nafas yang kuat. Sesekali batuk bagaikan telah dewasa. Kahak terlalu banyak.

Ayah adam menukar lampin dan memberi ubat. Setelah diberi ubat, adam perlu didokong untuk memudahkan kahak yang mencair mengalir ke perut

Khamis, 3 Januari 2008

Masa Untuk Tidur

Terlena juga akhirnya.

Seronoknya adam

Seronoknya adam bermain dengan toy.

Bangun tidur kembali.

Bangun pukul 5 pagi tidur balik pukul 6-30 pagi.

Rabu, 2 Januari 2008

Kereta ibu selamat di bengkel.

Kereta ibu dah selamat di bengkel PERODUA sri damansara. Petang tadi mekanik telefon ayah adam. Anggapan kos untuk memperbaikinya mencecah RM 1K dan mengambil masa 3 hari untuk dibaiki.

Ayah adam memaklumkan, buat apa yang patut untuk memastikan kereta tersebut boleh bergerak sementara ayah adam menyimpan duit untuk belikan kereta baru.

Ibu adam suka kereta kecil. Rasanya perodua viva sesuai dengan cita rasa ibu adam.

Sepanjang petang, kami habiskan masa di rumah saja. Pukul 4 kami ke tesco membeli keperluan ayah adam untuk masuk hutan pada 24 Jan hingga 26 Jan.

Ujian tahun baru

Pagi tadi adam mengamuk. Pukul 8 pagi baru senyap dan ayah adam hantar ke taska. Masuk kereta, tengok handphone ada 4 miss call dari ibu adam.

Kereta ibu adam rosak di mrr2 arah ke kepong selepas bulatan batu caves jln kucing. Dah telefon penarik kereta. Sekarang ni tengah berpiknik di tepi lebuhraya.

Selamat Tahun Baru 2008

Selamat Tahun Baru 2008. Sebenarnya ayah adam tidak mahu menyambut tahun baru 2008 kerana ianya bukan budaya islam yang ayah adam cuba terapkan kepada adam harith dan ayah adam merancang hendak merayakan kehadiran Maal Hijrah. Namun tidak dapt dinafikan beberapa aktiviti perlu dilakukan sempena kehadiran tahun 2008 ini. Antaranya ialah muhasabah diri dan merancang apa yang perlu dicapai sepanjang tahun 2008.

Menyorot kembali tahun 2007, ayah dan ibu adam berazam untuk mendapatkan zuriat. Setelah ibu adam selesai mendapat rawatan endomitrosis, Doktor Pakar HUKM, Dr Zainul, telah mencadangkan agar kami melakukan proses IVF untuk mendapatkan anak. Pelbagai cabaran yang kami lalui dan akhirnya pada bulan penghujung Mac 2007, kami melakukan prosedur IVF. Prosedur tersebut telah gagal dan akhirnya kami bercadang untuk mengambil anak angkat. Kami telah membelanjakan beberapa belas ribu untuk prosedur tersebut. Bukan kami serik untuk melakukan IVF sekali lagi namun dengan dengan kos yang mencecah belasan ribuan ringgit kami berpendapat dapat membesarkan seorang bayi sehingga dia membesar. Oleh kerana itu kami bercadang untuk mendapatkan anak angkat.

Rasanya itulah pencapaian yang terbesar dalam keluarga ayah adam. Namun begitu banyak yang tidak dapat dicapai. Percutian dan pengelibatan kami dalam beberapa organisasi sukarelawan terpaksa dikurangkan dan terdapat komitmen baru yang perlu dipenuhi seperti menulis blog adam ini.

Harapan kami sekeluarga, dengan kewujudan blog ini dapat menjadi panduan kepada ibubapa yang ingin mengambil anak angkat. Cuba menyelami dan menghargai pengalaman yang Allah swt berikan kepada kita.

Tahun 2008, azam ayah adam ibu adam untuk menjadi ibubapa yang cemerlang, yang menyayangi dan mengasihi serta mendidik adam menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan bertakwa. Selain itu, beberapa aktiviti aktiviti telah ayah adam rancangkan, antaranya percutian, aktiviti riadah, aktiviti ilmuan, aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti pengukuhan kekeluargaan.



Hari ini, adam kebutik anakku untuk bershopping botol baru, shampoo dan clip puting kosong. Lepas tu ke TESCO untuk membeli susu Lactogen 2, 2 tin 2 kg dan lampin pakai buang dyper. Balik dari TESCO kami ke restoren kesukaan ibu adam, Tu Dia Pak Tam. Menu ibu adam, Nasi Ayam dan ayah adam pula dengan kari kawah.


Sampai rumah, masing masing terlelap. Keletihan.