Three, four, five, six, seven, eight, nine, ten. Itu yang keluar dari mulut Adam sepanjang perjalanan balik dari taska. Tapi bila ibu ajar, one, two, Adam geleng kepala tak nak ikut. Tapi kalau dibiarkan Adam akan melagukan sendiri kira tuh bermula dari three. Mungkin dah jemu kut dengan one, two. Sampai orang Mynmar yang jumpa sementara tunggu lif pun senyum2, geram kut tengok kepintaran Adam. Bila dah masuk rumah, Adam merengek nakkan air milo kotaknya. Ibu bancuhkan 240ml susu. Masa tuh orang sebelah dah mula bertukang. Bila ketukan semakin kuat, Adam takut agaknya. Dia berlari kebilik TV dan menangis sekuat2nya. Bila dipujuk, baru Adam diam, terus minum dalam buai. 5 minit lepas tuh terdengar suara "dah abis". Puh 5 minit 240ml, memang benar2 haus. Pasangkan Asma Ul-husna, lagu kegemarannya, sekejab jer dah lena diulit intan. Jadi Adam asyik mengada2 sepanjang minggu nih adalah sebab letih dan mengantuk. Selepas sekian lama, harini ibu dan ayah dapat makan malam, bersolat maghrib dan isyak dengan aman.