Jumaat, 24 Oktober 2008

Main cak cak adam dalam almari

"Ayah, cari adam di mana ? "

Heheh  ..  di sinilah ayah .. 

Malam tadi, adam tidur pukul 2 lebih. Ayah adam tertidur pukul 8

lebih, terjaga pukul 10 lebih dan ketika itu adam masih lagi
bertenaga. Melayan dan bermain dengan adam sehinggal pukul 1 lebih.
Sebelum ayah adam kehilangan kesabaran seketika. Nasib baik ibu adam
terjaga dan mengambil alih memerhatikan adam.

Kenapa adam begitu bertenaga? Begitu cergas walaupun dah lewat pagi?
Adakah adam tidur sepanjang hari sehinggakan malam hari begitu cergas
untuk bermain? Yang pasti ini semuanya adalah ujian untuk ayah dan ibu
adam.

Pagi ini, ayah adam sempat berbicara dengan boss Hj Kamin, menurut
boss ayah adam, kemungkinan besar adam mengambil gula berlebihan. Lalu
ayah adam teringat malam tadi adam makan kuih raya.

Kuih raya,
Memang telah terbukti kuih raya mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Dan adam memang suka makan kuih raya terutama kuih tat dan kuih
keping. Nampaknya kena berhentikan pemberian kuih raya kepada adam,
kalau tidak akan berulang lagi ayah dan ibu adam bergilir bersengkang
mata memerhatikan adam.